Eh Chot berkata, kekeliruan itu sering berlaku dalam laporan media dan juga dalam dokumen rasmi di sekolah-sekolah dan agensi kerajaan.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jun 2009 melalui arahan JPN bilangan 4/2009, istilah keturunan Siam diguna pakai bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa warganegara Malaysia keturunan Siam dan dilahirkan di negara ini.
“Sementara istilah keturunan Thai pula diguna pakai bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa bukan warganegara (warganegara Thailand),” katanya.
Menurutnya, dia memohon kerjasama dan sokongan ketua jabatan dan agensi kerajaan, terutamanya di negeri ini supaya memberi layanan dan keistimewaan sebagai Bumiputera kepada masyarakat Siam Kelantan.
“Kepada masyarakat Siam warganegara Malaysia, yang belum lagi menukarkan status istilah keturunan Thai kepada Siam dalam dokumen sijil kelahiran, diharap dapat berurusan terus dengan pejabat JPN di tempat tinggal masing-masing.
“Jika ada kemusykilan, boleh hubungi Urusetia Persatuan Masyarakat Siam Kelantan di talian 019-9218882,” katanya.
Eh Chot berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengisytiharkan dan mengiktiraf keturunan Siam sebagai golongan Bumiputera.
Katanya, kekeliruan penggunaan istilah keturunan Siam dan Thai itu menyebabkan maklumat pengenalan diri golongan Bumiputera Siam, kurang tepat dan menjejaskan peluang untuk mendapatkan layanan yang adik ketika memohon pekerjaan serta melanjutkan pelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan