Editor BULETIN
Lebih menarik lagi menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Nor, pendedahan beliau mengaitkan seorang pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi tersebut.
"Pendedahan Azlan Mohd Lazim adalah suatu kemenangan moral buat seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta pendedahan menggemparkan negara mengenai misteri pembunuhan Altantuya,
"serta kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan momentum skandal pembunuhan model Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim adalah pelengkap kepada kejayaan rakyat,"ujarnya dalam satu kenyataan hari ini Jumaat 8 mac.
Katanya, perkembangan mutakhir ini, pastinya memeningkan kepala Perdana Menteri dan hampir pastinya pilihanraya umum ke 13 akan tertangguh lagi buat kesekian kalinya.
Pengakuan Azlan, kata beliau, membuktikan bahawa kejadian liwat 2 adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya.
"Politik fitnah melalui pelakuan lucah dan mengaibkan digunakan bagi menghalalkan segala tindakan mereka.........kini kebenaran telah terserlah membuktikan bahawa segala yang berlaku adalah mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab,"jelasnya.
Oleh itu, rakyat kini ternanti-nanti siapakah pegawai khas Perdana Menteri yang dikatakan merancang semua kejahatan itu dan Najib selaku Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan pegawainya yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap semua tindakan, bagi membersihkan namanya.
Katanya, imej Najib kebelakangan ini semakin merudum dengan penglibatan pegawai-pegawai kanan beliau dalam pelbagai skandal ditambah lagi dengan dakwaan terbaru oleh bapa Saiful Bukhari ini.
"Dua orang pengawal peribadinya terlibat dalam pembunuhan model Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan oleh mahkamah kemudiannya.
"Kini seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa terlibat merancang konspirasi Liwat II,"tambahnya.
Justeru itu, katanya, wajarlah rakyat menolak Najib dan partinya yang gagal menunjukkan contoh kepada rakyat dengan peribadi yang mulia dan tauladan yang murni kepada masyarakat.
"mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah........ rakyat perlu bertanya kembali, apakah pemimpin sebegini layak dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan layakkah mandat terus diberi kepada pemimpin seperti ini?,"katanya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan