Kenyataan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Pendapatan Negara Kasar
(PNK) per kapita meningkat 49 peratus antara 2009 hingga 2012 tidak
mencerminkan keadaan rakyat Malaysia kebanyakan, kata penganalisis.

Najib,
ketika membentangkan laporan prestasi Program Transformasi Ekonomi
(RTP) pada Selasa berkata, PNK per kapita menunjukkan pertambahan
siknifikan antara AS6,670 kepada AS$9,970 dalam tempoh tiga tahun -
berdasarkan data Bank Dunia.
Bagaimanapun, penganalisis berkata,
mod pengiraan PNK itu tidak mengambil kira keadaan inflasi, peningkatan
harga untuk barang keperluan asas, penginapan dan pengangkutan.
Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi
(Ideas) Wan Saiful Wan Jan pengiraan hanya mengambil kira pendapatan
seluruh rakyat Malaysia dengan jumlah jumlah tenaga kerja tempatan yang
dimiliki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan