Oleh: Mohd Arif Juhani
LAHAD DATU : Angkatan Muda KEADILAN Sabah percaya pencerobohan
di Lahad Datu oleh tentera kesultanan Sulu, 9 Februari lalu didalangi
‘orang dalam’ termasuk pemimpin Umno tempatan.
Dalam
kenyataan media hari ini, AMK Sabah menggesa polis menyiasat sesiapa
sahaja yang bersubahat, merancang dan menyeludup masuk penceroboh
berkenaan.
Ia katanya termasuk peranan Ketua cawangan Umno Sungai Nyamuk bernama
Ahmad Malandi @ Mat Bom seperti disiar dalam laman web ‘Sabahkini’ pada
27 Februari, bertajuk “Ketua Cawangan Umno ketua Mundu”.
Laman web berkenan sebelum ini mendakwa mendapat maklumat hanya 76
‘tentera’ sahaja yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita
untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di Felda
Sahabat 18.
Sabahkini juga mengesyaki Ahmad dan anaknya, Mohd Ali membiayai
pembelian senjata api terhadap kumpulan penceroboh berkenaan di pasaran
gelap di Tawi-Tawi dan menangung makan minum mereka.
Dilapor Bernama
Carian Keadilandaily mendapati Bernama turut melaporkan nama Ahmad
Malandi atau Mad Bon dalam kronologi berita pencerobohan Lahad Datu yang
disiar 1 Mac.
Kronologi berkenaan menyatakan pada 12 Februari, kumpulan penceroboh
dari Selatan Filipina itu dikenalpasti berpecah di kawasan sungai bakau
kampung itu, sebuah surau dan rumah Ahmad Malandi atau ‘Mad Bon’.
Dalam pada itu, AMK Sabah juga menggesa polis menyiasat artikel
bertajuk ‘Penceroboh Mahu Temui Personaliti’ seperti disiar dalam laman
web yang sama.
Menurutnya, hingga kini identiti individu tersebut masih
dirahsiakan.”Apakah hubung kait, kepentingan dan tujuan ‘Individu’ yang
dirahsiakan itu dengan Anggota penceroboh bersenjata,” ujar kenyataan
tersebut.
AMK Sabah berkata, pencerobohan itu adalah tidak masuk akal dan seolah sandiwara yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat.
Ini kerana, dakwanya, kumpulan dikatakan penceroboh itu terdiri
daripada pelbagai bangsa termasuk Illanun, Kalagan, Kalibungan, Maranao,
Tausug, Bajau, Suluk dan sebagainya.
“Kebanyakan mereka ini juga sering ke Sabah, mempunyai rumah, pekerjaan dan mempunyai banyak keluarga.
“Malah, ramai daripada mereka juga adalah warganegara Malaysia kerana
memiliki kad pengenalan dan hidup aman damai. Semua ini dikecapi tanpa
perlu berperang atau pertumpahan darah,” ujarnya. – RM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan