MALAYSIA KINI
Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sedia membantu
memartabatkan teater Tamil tempatan melalui bantuan kewangan, tenaga
pengajar, kemudahan kelengkapan dan latihan yang mencukupi.
Timbalannya, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata langkah itu bukan sahaja dapat membantu industri tempatan menghasil lebih banyak karya kreatif malah mencungkil bakat di kalangan golongan muda berbangsa India.
"Teater Tamil sudah jarang kelihatan pada masa sekarang. Golongan muda berbangsa India lebih suka menghabiskan masa mereka menonton wayang dan drama Tamil melalui laman web dan video cakera padat.
"Oleh itu, bagi mengembangkan penayangan teater Tamil, khususnya di Malaysia, kami sedia membantu mereka sama ada dari segi kewangan, tenaga pengajar serta kemudahan kelengkapan malah boleh membantu memasarkannya hingga ke pasaran antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Teater Tamil 'The Countdown Begins" di sini Jumaat malam.
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi pelbagai inisiatif dalam mengembangkan industri kreatif tempatan, antaranya, menubuhkan Yayasan Artis 1Malaysia, pelepasan cukai filem dan kemudahan Insuran Kelompok Artis kepada artis tempatan.
The Countdown Begins, arahan pengarah Tamil tempatan Allabas Abdul Karim, mengisahkan tentang kehidupan 10 penyewa sebuah rumah yang memiliki latar pekerjaan berlainan namun dapat hidup dalam suasana harmoni. -- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan