Jumaat, 15 Mac 2013

Pelakon Abu Bakar Juah Bersama Pakatan Rakyat?

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/zunar%20&%20abu%20bakr.jpgKartunis Zunar dalam posting laman sosialnya pada 28 Februari lalu mendakwa pelakon terkenal Abu Bakar Juah yang sering melakonkan watak antagonis di kaca televisyen, kini bersama Pakatan Rakyat.

Namun begitu sehingga kini, belum ada pengesahan secara rasmi oleh Abu Bakar Juah yang juga mantan Pengarah Penjara Taiping.

Disamping menjadi pelakon, Abu bakar telah berkhidmat selama 35 tahun dan pernah bertugas di penjara Pulau Jerjak pada tahun 1970, Penjara Pudu (1975 - 1986), Penjara Kajang (1986 - 1993), Penjara Sungai Petani, Kedah (1994 - 1995) dan Penjara Taiping (1995 - 2005).

Beliau telah bersara pada tahun 2005 dan kini merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat Master Protection Sdn. Bhd., syarikat perkhidmatan kawalan keselamatanyang beroperasi di Taman Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: