Rabu, 6 Mac 2013

Pasukan keselamatan perluas operasi ke Tanjung Batu



 
Pasukan keselamatan telah bergerak memasuki Tanjung Batu yang terletak bersebelahan Kampung Tanduo di mana operasi memburu penceroboh Filipina bermula semalam.

lahad datu 050313 ismail omarKetua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi itu kini diperluaskan meliputi Tanjung Batu dan operasi bermula pada jam 3 petang hari ini.

"Polis dan angkatan tentera memasuki Tanjung Batu ketika mengesan penceroboh pada sekitar jam 4.15 petang," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat petang ini.

Di sana, tegasnya, berlaku pertempuran dan percaya pasukan keselamatan telah membunuh beberapa orang musuh tetapi tidak dapat mengesahkan bilangannya pada masa ini.

Penduduk Tanjung Batu mendakwa kampung mereka telah diambil alih oleh kira-kira 50 penceroboh seawal hari Isnin, menyebabkan mereka lari meninggalkan rumah masing-masing.

Tiada ulasan: