Setiausaha agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) berkata partinya enggan menerima tawaran tersebut kerana tidak mahu memberi pandangan bahawa gabungan pemerintah tersebut mengamalkan kebebasan bersuara.
“Kami tolak kerana ia adalah rakaman bukan siaran langsung,” kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu The Malaysian Insider hari ini.
“Boleh jadi apa-apa kalau bukan siaran langsung,” katanya lagi, apabila ditanya jika PAS bimbang siaran tersebut diolah oleh RTM.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Jumaat lalu bahawa parti politik akan diberi masa 10 minit untuk membentangkan manifesto mereka menjelang Pilihan Raya 2013.
Rais berkata peluang itu diberikan sebagai menghormati sistem demokrasi di dalam negara ini.
Lim berkata Pakatan Rakyat (PR) mahu hak untuk membalas jawapan, bukan hanya menjelang pilihan raya umum, tetapi setiap masa di media arus perdana dan stesen TV, yang hampir semuanya dikawal BN.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu The Malaysian Insider bahawa partinya akan berbincang mengenai perkara tersebut semasa biro politk bermesyuarat Rabu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan