Ahad, 17 Mac 2013
Nik Aziz kecam pihak yang cuba aibkan Anwar
KUALA LUMPUR— Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan beberapa blogger pro-Umno yang meletak gambar kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah perkara tersebut membuktikan mereka sudah tidak mempunyai modal untuk berpolitik.
Akhbar Sinar Harian melaporkan Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yang sudah tersebar luas di alam media sosial, memandangkan tiada bukti yang kukuh yang menyabitkan ketua pembangkang tersebut dengan amalan keji tersebut.
“Mereka belum puas ‘cincang’ Anwar.
“Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi,” katanya yang dipetik dalam akhbar berbahasa Melayu tersebut.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Anwar menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.
Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya.
“Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.
“Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan,” kata Anwar.
Pendedahan kontroversi oleh blogger pro-Umno tersebut merupakan yang kedua dituduh keatas Anwar selepas 21 Mac 2011 trio “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.
Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan