Aliff Fikri
KUALA LUMPUR: Media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk
memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang
bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times,
Natinal Review dan Red State.
“Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta
Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen
itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua
Trevino.
“Trevino menerima bayaran USD389,724,70,” tulisan portal BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik .
Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan
nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel
Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State,
Brad Jackson dan beberapa nama lagi.
Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia.
“Tugas saya ialah menulis tentang pergaduhan politik di sana dan
memberi pendapat saya sendiri,” katanya dipetik portal berpangkalan di
Manhattan, New York itu.
Naib Presiden Yayasan Dasar Awam Texas, Chuck Devore berkata, ia perkara biasa untuk diupah dan dibayar oleh sumber luar.
“Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi penulis bebas untuk dibayar
dari pelbagai sumber, seperti yang dilakukan oleh Trevino,” katanya
lapor BuzzFeed.
Sam Mandel pula mengakui dibayar oleh Joshua dan tidak mengetahui wujudnya entiti lain di belakangnya.
“Saya penulis blog berkaitan isu Israel dan anti-semitisme. Kemudian
Joshua hampiri saya dan memperkatakan tentang Anwar yang membuat komen
anti-semitik dan bergabung dengan organisasi anti-Israel.
“Saya tidak mengetahui ia ada kaitan dengan kerajaan Malaysia dan saya hanya tahu, saya dibayar oleh Joshua,” katanya dipetik.
Untuk baca tulisan asal, KLIK INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan