KOMEN — Hari ini, lima tahun lalu, rakyat Malaysia bangun
tidur dengan lanskap politik yang telah berubah dengan Barisan Nasional
(BN) terus memerintah, tetapi majoriti mudah dan turut kehilangan empat
negeri kepada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya 2008.
Hari
ini, pemerintah BN dan empat negeri di bawah PR masih belum mengadakan
pilihan raya oleh kerana mandat mereka hanya tamat selepas lima tahun
dewan masing-masing mula bersidang.
Akan tetapi, tanggungjawab untuk memastikan demokrasi berjalan dengan baik dan terus hidup supaya rakyat Malaysia boleh membuat keputusan memilih kerajaan melalui peti undi bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jadi, tidak dapat diterima jika SPR mengatakan 28 peratus pengundi baru yang tidak dapat disahkan adalah perkara biasa, selepas Selangor dilaporkan penemuan daripada 500,000 pengundi baru dalam negeri terkaya di Malaysia itu.
“Persoalan 28 peratus pengundi baru tidak dapat dikesan, ini adalah perkara biasa,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam satu sidang akhbar semalam.
Menafikan kebimbangan pembangkang, Wan Ahmad mengatakan rakyat bergerak ke seluruh negara, menukar pekerjaan, tamat pengajian dan ini adalah punca mengapa sejumlah angka pengundi tidak dapat dikenalpasti.
Kenyataan yang datang dari badan penggendali pilihan raya menentukan kepimpinan negara ini sudah pasti mengganggu.
Bolehkah rakyat percaya kepada agensi yang menolak bantahan dan enggan untuk bekerja bagi membersihkan daftar pemilih, atau lepas tangan dan menyalahkan jabatan kerajaan lain terhadap kesilapan dan percanggahan?
Bukankah SPR bekerja untuk memastikan daftar pemilih disemak dan disahkan supaya hanya rakyat Malaysia yang layak mengundi menunaikan kewajiban mereka di peti undi?
Jika kesucian pilihan raya tidak boleh dijamin, SPR akan dipertanggungjawabkan, bukan sahaja untuk pilihan raya kali ini tetapi terhadap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem pilihan raya itu sendiri.
Bolehkah mereka yang berkhidmat di SPR mengambil tanggungjawab terhadap Raja dan negara daripada hanya berkhidmat untuk kerajaan hari ini? Dan jika tidak, bolehkah mereka meberikan tanggungjawab ini kepada mereka yang lebih bertanggungjawab?
Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram telah menunjukkan terdapat pemberian kewarganegaraan untuk undi, berikutan keterangan di perbicaraan.
SPR tidak boleh terus menghindari aduan oleh kerana bukti agensi-agensi lain melakukan kesalahan dan ia hanya boleh melakukan apa tanggungjawabnya, untuk mengadakan pilihan raya. Itu adalah sikap yang salah untuk diambil, seperti adalah salah untuk menolak sejumlah besar bilangan pengundi yang tidak dikenali di Selangor.
SPR perlu melakukan lebih baik daripada itu. Jika tidak ianya akan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap SPR dan memberi kesan terhadap legitimasi kerajaan akan datang selepas pilihan raya diadakan.
Kita tidak boleh mempunyai rakyat Malaysia meragui sistem pilihan raya. Jadi menjadi kewajiban kepada SPR untuk menyelesaikan isu-isu dibangkitkan sebelum Pilihan Raya 2013 bermula.
Kegagalan untuk melakukan perkara tersebut tidak dapat dibayangkan, majoriti rakyat tidak percaya kepada mana-mana institusi dan membuat kesimpulan negara mereka telah dirompak melalui taktik kotor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dimana SPR mahu menyembunyikan muka mereka pada kerika itu?
Lebih baik melakukan perkara benar dan pastikan tidak terdapat bantahan mengenai daftar pemilih dan berkaitan dengan perjalanan pilihan raya umum. Daripada dicerca kerana bersikap memihak dalam menjalankan pilihan raya.
Ini terletak ditangan SPR, untuk menjalankan pilihan raya bersih dan adil dan tidak hanya memberi alasan apabila percanggahan dan keraguan ditemui.
* Jahabar Sadiq memimpin The Malaysian Insider.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan