SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2012 akan diumum pada Khamis ini, dan calon boleh mendapatkan keputusan
mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos.
Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat
pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan
jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.
"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.
Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik
Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9
pagi hari yang sama.
Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 Nov hingga 6 Dis tahun lepas
dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu
di 3,590 pusat di seluruh negara. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan