Jumaat, 15 Mac 2013

KEADILAN siap sedia hadapi PRU 13 sejak Jun tahun lalu lagi – Azmin

Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Persiapan kempen KEADILAN untuk memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU 13 berjalan lancar, kata Pengarah Pilihan raya KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, persediaan dibuat seawal pertengahan tahun lepas berikutan PRU 13 itu dijangka pilihan raya paling sengit dalam sejarah tanah air.

“Bendera, t-shirt dan bahan logistik lain sudah tiba di kawasan pilihan raya seawal Jun 2012.  Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) juga melatih lebih 3,500 ejen dan counting ejen untuk memastikan mereka memiliki kemahiran, pengetahuan pada hari pengundian bagi mengelak penipuan.

video azmin

“Hampir lima juta risalah membincangkan isu dan dasar Pakatan dicetak dan disebar,” kata pada rakaman yang dimuat naik di YouTube, 3 Mac lalu sambil menyeru rakyat supaya memilih kerajaan yang benar-benar untuk membela nasib mereka.

“Hanya beberapa hari akan datang, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk menentukan masa depan depan negara yang kita cintai.

“Satu undi anda mampu mengubah pentadbiran di Putrajaya demi masa depan anak-anak Malaysia,” katanya yang yakin rakyat bakal memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Beliau berkata, Pakatan menawar sebuah negara yang ditunjangi tatakelola pentadbiran lebih baik, sikap keterbukaan, mempertahan hak asasi rakyat dan menyuburkan demokrasi.

“Inilah ciri-ciri yang dapat menjamin kebahagian dan kesejahteraan untuk rakyat seluruhnya,” kata beliau.
(FZL)

Tiada ulasan: