Sedang kita berkabung kerana
kehilangan ramai anggota keselamatan, saya tidak dapat menahan diri tentang perlakuan
politik yang timbul dikeliling kejadian berdarah ini. Sesiapa pun boleh
bercakap apa tentang isu ini dan cara kerajaan mengendalikannya.
Dari awal kejadian ini lagi kita
telah mendengar permainan politik setengah pihak yang menuduh Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang kepada kejadian ini dan ia
sesungguhnya sangat
menjilikkan. Apabila kejadian seperti ini berlaku ada pihak tidak
sempat-sempat
hendak menjadikan kejadian ini sebagai alat politik mereka.
Sudah dua malam kita telah diberitahu
yang TV3 telah memainkan isu terhadap Tian Chua dan salah seorang yang dipaparkan
dalam siaran itu melalui buletin utama TV itu ialah Rahim Nor, bekas Ketua
Polis Negara, yang pernah dipenjarakan oleh Mahkamah kerana memukul Anwar
semasa dalam tahanan Polis pada tahun 1998 dahulu.
Tian Chua dijadikan sasaran oleh
UMNO dengan menggunakan TV3 dan media massa lain
sambil menuduh Tian Chua bermain politik dengan isu tembak menembak di Sabah sekarang ini. Kata-kata Tian Chua dimanipulasi oleh
pihak media kononnya Tian Chua menuduh kejadian di Lahat Datu itu adalah
sandiwara UMNO dan BN. Apa yang dikatakan oleh Tian adalah respons kepada tuduhan yang pencerobohan di Lahat
Datu itu didalangi oleh Anwar. Tian tidak membuat komen tentang tembak menembak
itu.
Semua orang tahu yang UMNO itu
dalam keadaan terdesak, tetapi terdesak macam mana pun adalah menjilikkan untuk
memutar-belit kan
kenyataan Tian Chua itu dengan sewenang-wenangnya.
Yang lebih menjengkelkan ialah
media menggunakan bekas Ketua Polis Negara yang melakukan kesalahan memukul
Anwar semasa pemimpin pembangkang itu berada di dalam lokap Polis semasa beliau
di tahan pada tahun 1998 dahulu. Rahim lah yang didapati bersalah memukul Anwar
semasa dalam tahanan itu sehingga mata Anwar membengkak kehitaman.
Rahim semalam menganggap Tian Chua
seperti kanak-kanak sekolah yang tidak layak untuk dipertahankan oleh sesiapa
pun dalam pilihanraya yang akan datang. Bagaimana TV3 boleh menggunakan Rahim
untuk membuat kenyataan membidas Tian Chua sedangkan dari segi moralnya Rahim
ini tidak berkelayakan untuk membuat komen politik kerana beliau sendiri
bukanlah seorang yang mempunyai ‘moral standing’ yang kukuh untuk berkata-kata
tentang politik dengan baik.
Sebaliknya Rahim itulah yang
lebih rendah martabatnya kerana melakukan kekasaran terhadap Anwar semasa dalam
tahanan itu. Rahim lebih rendah dari semua manusia yang bertamaddun dan
tindakan beliau memukul orang lain itu seolah-olah beliau (Rahim) sedang hidup
di zaman batu. Di zaman batu dahulu siapa yang mempunyai otot yang kuat orang
itulah yang berkuasa.
Rahim itulah sebenarnya yang
menggunakan keadaan semasa ini untuk menonjolkan diri beliau dan sikap mengampu
pihak yang berkuasa tidak kira bermoral atau sebaliknya. Itu ada lah budaya
yang sudah tertanam di dalam kehidupan mereka yang menghampiri yang berkuasa
sejak lebih dari dua dekad yang lalu.
Rahim ini tidak lebih dan tidak
kurang seperti anggota boria yang melangkah dan menghayun tangannya mengikut
kumpulan boria. Jika Rahim dijadikan ‘anchor’ dalam memberikan komen politik,
ia membawa makna pihak yang disokong Rahim itu sememangnya pihak yang tidak
mempunyai moral untuk membuat apa-apa kebaikan untuk siasah negara ini.
Orang yang tidak mempunyai
sahsiah yang asas untuk bercakap tentang moral seperti Rahim ini masih
diperguna oleh polis pihak pemerintah. Saya juga difahamkan yang Rahim ini
merupakan Ketua Unit dalam “war room” UMNO. Jika berita ini benar, bertambah
jelas lah yang UMNO akan tersungkur dalam pilihanraya kali ini.
Kerja UMNO untuk mengaitkan Anwar
dalam pencerobohan dari Sulu itu merupakan tindakan yang sangat ‘desperate’
bagi UMNO dan niat Anwar untuk membawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan
itu adalah satu tindakan yang sangat wajar.
Pihak pembangkang juga boleh
membuat tuduhan yang sama jika mahu tetapi itu bukan caranya untuk mendapat
sokongan ramai. Kita juga boleh mengejek kemampuan pihak kita mengendalikan
pencerobohan itu.
Kita boleh berkata yang jika
kumpulan yang tidak mempunyai senjata canggih pun tidak mampu dilawan oleh
pihak kita bagaimana pula jika negara kita di serang oleh negara lain secara
peperangan sebenarnya.
Kita bukan tidak sedar dengan
kematian yang begitu ramai pihak keselamatan kita itu, ia menunjukkan kepada
dunia betapa rendahnya kemampuan kita untuk mempertahankan negara yang
berdaulat ini.
Malahan jika keadaan ini berlaku di negara, kerajaan atau
pimpinan yang bertanggungjawab, mereka sudah pun meletakkan jawatan untuk
menjaga maruah dan martabat negara. Malahan seluruh kerajaan sepatutnya meletakkan
jawatan serta merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan