KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Kenyataan Perdana Menteri dalam laporan transformasi kerajaan bahawa kadar kemiskinan Malaysia berjaya dikurangkan kepada 1.7 peratus ternyata penipuan yang jelas dan tidak berasas, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.Menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai ‘luar biasa’, Surendran berkata, angka sebenar menunjukkan kadar itu sepatutnya 19 peratus daripada semua isi rumah.
Katanya, angka yang diberikan Najib sama sekali bertentangan dengan bukti kemiskinan yang di bandar dan kawasan pedalaman.
“Angka yang diperoleh KEADILAN lebih tepat kerana ia berdasarkan tinjauan pendapat isi rumah dan kemudahan asas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Surendran menambah, dengan kenaikan harga barang dan gaji yang tidak meningkat, dakwaan Najib itu tidak mengikut statistik atau logik akal, sebaliknya menentang bukti-bukti yang menunjukkan berleluasanya kemiskinan dalam masyarakat.
“Najib mesti bertindak segera dan berkesan untuk mengurangkan kemiskinan, dan hentikan manipulasi statistik,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan