Khamis, 21 Mac 2013

Dedah & Lapor Penyelewengan Tidak Beretika, Rompak Harta Rakyat Itu Beretika!

KELAB GREENBOC

Kuching - Tindakan kumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness cuba menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui penghasilan video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' adalah tindakan tidak beretika, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lebih buruk, tindakan kumpulan berpangkalan di London itu dilihat satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air.

"Apa yang mereka lakukan tidak sesuai, satu tipu helah, tidak gentleman, tidak beretika dan tindakan tidak bertamadun... politik sedemikian tidak sepatutnya ada di Sarawak.

"Apa yang mereka lakukan juga jelas cubaan campur tangan pihak asing, sedangkan Malaysia tidak pernah campur tangan dalam soal politik mana-mana negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata umum juga sudah mengetahui sejarah Taib dengan keluarga Norlia Abdul Rahman, bahkan kerajaan pernah menarik balik konsesi balak yang diberi kepada Norlia pada tahun 1987 atau 1988.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video perbualan Norlia dan Fatimah Abdul Rahman, kedua-duanya anak perempuan Tun Abdul Rahman Yakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib, dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusniaga tanah.

Video yang dirakamkan dengan kamera tersembunyi itu memaparkan seorang lelaki menyamar sebagai 'pelabur asing' yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit. - Bernama

Ulasan GB

Ini dia pendirian dan mentaliti tipikal kebanyakan pemimpin UMNO BN.

Mendedah dan melaporkan salahlaku pemimpin itu perbuatan tidak bertamaddun, tidak beretika tetapi merompak harta rakyat dan kerajaan negeri itu bertamaddun dan beretika.

Ia wujud dalam kebanyakan kes salahlaku.

Sama seperti kes lembu NFC - mendedahkannya itu dikataka, satu perbuatan menyerang menteri dan keluarga menteri yang terlibat dan tidak beretika, tetapi perbuatan menyalahgunakan wang pinjaman RM250 juta itu beretika.

Penyelewengan di dalam pembelian kapal scorpene itu beretika dan bertamadun tetapi mendedahkan dan melaporkan penyelewengan dan salahlaku kementerian tidak beretika.

Itulah wajah sebenar UMNO BN, menterbalikkan kebenaran menjadi kebatilan dan kebatilan menjadi kebenaran.

Tiada ulasan: