Isnin, 11 Mac 2013

Bekas Ahli Parti Anti-Islam Belanda Masuk Islam

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/BELANDA.jpgAMSTERDAM - Bekas anggota Parti Kebebasan yang berhaluan kanan dan anti-Islam Belanda, Encik Arnoud van Doorn (gambar), mengejutkan banyak pihak apabila beliau mengumumkan memeluk Islam baru-baru ini.

Encik Van Doorn, yang juga kawan pemimpin parti itu, Encik Geert Wilders, sebelum ini telah mengaku bahawa beliau telah keluar daripada parti tersebut pada hujung 2011.

Menurut Encik Van Doorn, beliau mahu melakukan perubahan dengan mengumumkan keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah syahadah yang dimuat naik dalam laman Twitternya.

Encik Van Doorn turut mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa beliau sekarang memulakan kehidupan baru sebagai seorang Muslim.

Dalam wawancara bersama Al-Jazeera, Encik Van Doorn mengesahkan berita tersebut.

Menurut beliau, keputusannya memeluk Islam mendapat reaksi berbeza-beza di Belanda.

"Menurut segelintir orang, saya seorang pengkhianat tetapi ramai yang lain berkata saya sebenarnya telah membuat satu keputusan bijak. Rata-rata reaksi yang saya terima positif dan saya telah mendapat banyak sokongan melalui Twitter," katanya

Menurut Encik Van Doorn, keputusan itu dibuat selepas beliau mendalami Islam tanpa paksaan.

"Sesiapa yang mengenali saya secara dekat boleh meneka keputusan saya. Lebih setahun saya mendalami Islam melalui buku dan ceramah," katanya.

Pendirian anti-Islam partinya yang mendorong beliau menyelidik sendiri agama itu.

"Ramai terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya. Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebabnya tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya", katanya. - Agensi.

Tiada ulasan: