Khamis, 21 Mac 2013

Anwar fail saman Utusan dan TV3 esok


 

KL TODAY

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan tuntutan samannya ke atas Utusan dan TV3 ekoran laporan fitnah media itu. Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi esok, kata peguamnya N Surendran dan Latheefa Koya dalam kenyataan mereka hari ini.

Saman ini difailkan ekoran laporan media itu bahawa Anwar terlibat dalam kes pencerobohan ke atas Lahad Datu, sabah.


Dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia,  Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh ‘dalang’ kepada pencerobohan.

Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?” dan  “Tiga kumpulan jadi dalang” mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.


TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan ‘dalang’ dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.

Tiada ulasan: