KL TODAY
“Kemampuan
memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling
memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun
dikatakan berharga RM60,000 satu unit.“Malah ada yang mencecah harga
RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan
melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi
tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24
hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari
20113.
Yang pasti
kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan
agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal
pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.
Pihak
Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada
komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang
tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan
perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan
Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak
percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu
karang tersebut.
Berdasarkan
risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi
rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak
berkuasa Filipina
“The
question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham
Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did
not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines)
did not know,”
USS
Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut,
ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal
tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak
pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Vos Apollo milik Malaysia sedia memunggah minyak daripada USS Guardian.
Menjadi
tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala
peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah
kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan
di medan perang.
Berdasarkan
maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan
dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah
barang-barang.
Tetapi
aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak
keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke
Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS
Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas
kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad
Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI)
yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih
besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya
terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan
bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
Baca dan cuba fahamkan. 1 pihak “salah perhitungan”, 1 pihak “ambil kesempatan” dan 1 pihak lagi “jadi kambing hitam”.
Kelengkapan diangkut keluar
Kehadiran kren
Melerai komponen kapal
Gambar berikut menunjukkan proses melerai USS Guardian. Ke mana kelengkapan tentera di hantar?
Sumber: http://www.wasukalu.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan