Selasa, 13 November 2012

Yaakob – sasar pendapatan petani RM3,000





KUALA LANGAT : Dalam meneruskan pembangunan pertanian di Selangor, Kerajaan Negeri mensasarkan agar golongan petani dapat meraih pendapatan RM 3,000 dan ke atas sebulan daripada hasil penanaman mereka.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata ini akan dilakukan melalui kajian bagi memodenkan proses penanaman dan meningkatan hasil tananam.



Yaakob berkata, Kerajaan Negeri juga akan memastikan hanya petani yang akan mendapat tanah pertanian dan bukan pihak yang tidak terlibat dalam industri itu.

Bagi mencapai matlamat itu, Kerajaan Negeri juga berharap petani berusaha memasarkan hasil tanaman mereka tanpa orang tengah bagi menjimatkan kos.

Beliau berkata, pendekatan ini mampu mengurangkan perbelanjaan kos sebanyak RM 500 hingga RM 700 sebulan.



“Pertanian adalah bidang yang mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diberikan tumpuan serius oleh golongan petani,” kata Yaakob dalam sesi lawatan ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kampung Sungai Kelambu di sini hari ini.

“Kita juga mahu golongan muda menyertai bidang pertanian terutama lulusan universiti.

“Dengan cara ini pertanian akan dapat dimajukan kerana disertai golongan terpelajar,” katanya lagi.

“Dengan kesungguhan Kerajaan Negeri dan semua pihak terlibat kini Selangor mencatatkan penghasilan kira-kira 60 peratus daripada hasil pertanian negara.”

Tiada ulasan: