Chua Soi Lek dipertahan kerana menentang hukum hudud, manakala Nurul Izzah di dikaitkan dengan isu 'murtad' satu gejala yang dilihat boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN dan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. Betul kata Tun Mahathir, UMNO dilihat lebih busuk daripada usus (tahi).
Itu adalah satu 'kecelakaan' sedang menimpa umat Islam di Malaysia, apabila ada pihak secara terang menolak 'undang-undang Islam' dilaksanakan. Nampak sangat UMNO begitu kecut perut kepada MCA, hanya kerana untuk mengekalkan beberapa ribu orang pengundi cina maka sanggaup mempertahankan cadangan CSL supaya kerajaan Malaysia menolak perlaksanaan hukum hudud.
Kini UMNO telah memesongkan isu dan menghala targetnya kearah Nurul
Izzah, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Perlimen Malaysia dengan
berbagai-bagai ejekan dan tuduhan yang melampau apabila Nurul Izzah
dikaitkan dengan isu murtad. Satu isu yang diputar belit dengan harapan
rakyat menolak PR dalam PRU13 nanti.
UMNO cuba membantu PR supaya penganut ugama lain di Malaysia ini akan
terus memberi sokongan padu kepada Nurul Izzah dan PR, yang mana melayu
sudah pun berpihak dan telah pun memilih parti mana yang mereka hendak
sokong pada PRU kelak. Apa pun isu yang dimainkan oleh UMNO dan BN,
rakyat sudah tahu parti mana yang telah melakukan kemungkaran dan
mengamalkan rasuah dan kroni.
Untuk melalaikan rakyat dari terus berbincang soal isu hudud, isu RM40
juta kononnya untuk UMNO Sabah yang didedahkan oleh Rafizi tentang ada
hubung kait dengan Nazri Famili maka Nurul Izzah dijadikan tempat untuk
membalas dendam, yang mana satu kesilapan besar yang telah dilakukan
oleh UMNO dan penulis yang pro UMNO kerana Nurul Izzah telah bersebati
dengan masyarakat Islam yang tulin dan akan bersama Nurul Izzah bagi
menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU nanti..
Bertambah gawat lagi kepada UMNO dan BN apabila rakyat telah memilih
bahawa isu murtad yang dikaitkan terhadap Nurul Izzah dianggap sebagai
isu politik murahan kerana apabila rakyat mendengar keseluruhan ucapan
dan dailog maka rakyat membuat keputusan bahawa ucapan tersebut tidak
menjurus terkeluar akidah. Kerana Nurul Izzah tidak mengajak umat Islam
supaya menganut ugama lain.
Betul
dah pendapat rakyat Malaysia, pilihanraya ke 13 itu adalah pilihanraya
terakhir bagi kerajaan BN kerana apabila BN jatuh pada pilihanraya
ini, BN tidak mampu bangun lagi kerana jelas PAS lebih dihayati dan
diyakini oleh rakyat semua bahawa PAS adalah sebuah parti untuk orang
yang berugama Islam berbagai lapisan masyarakat.
UMNO lebih menyokong Chua Soi Lek daripada Nurul Izzah sehingga ulasan
Nurul Izzah mengulas ayat al Baqarah diputar belit semata-mata nak
mengaibkan seorang 'gadis Islam' sedangkan CSL menghina hukum hudud
dipertahankan.
Ekoran isu murtad yang dikaitkan oleh UMNO dan Balaci UMNO terhadap
puteri Islam Nurul Izzah itu , Sdr Rosdi Mustapha seorang usaha muda
telah, telah menghubungi UTTV dan memberi kesanggupan untuk membiayai
satu debat supaya diadakan diantara Dr. Asri (MAZA) bekas mufti Perlis
dengan Ulama UMNO dan di moderator oleh Hassan Akida Ali, yang mana kos
perbelanjaan beliau sanggup keluarkan,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan