Sabtu, 24 November 2012

Umno Dedah Penyelewengan PAS

KL RODAY

 

BACHOK: Umno Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS serta kegagalan parti pembangkang itu membawa pembangunan di Kelantan pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek berkata, Kelantan tidak seharusnya terpinggir dalam arus pembangunan perdana dan ia ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain akibat kegagalan PAS menjana ekonomi.

Isu kemudahan asas terutama lebuh raya, stadium, peluang pekerjaan, pelaburan dan bekalan air bersih juga akan didedahkan oleh perwakilan dari Kelantan pada perhimpunan itu, katanya kepada pemberita selepas menyambut peserta Konvoi Jelajah Janji Ditepati di Kampung Beris Lalang di sini, Jumaat.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kemenangan BarisanNasional di Kelantan pada pilihan raya ke-13 akan datang amat penting bagi kelangsungan orang Melayu dan agama Islam.

Pada majlis itu, lebih 100 kenderaan termasuk bas dan motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah itu yang membawa slogan “Gelombang Merah” yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.

Tiada ulasan: