Tindakan kerajaan menghalang dua peguam
Perancis ke Malaysia mengukuhkan dakwaan rasuah dalam pembelian
Scorpene, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
“Halangan akan
menguatkan persepsi masyarakat dunia bahawa kerajaan Malaysia
mengamalkan rasuah (dalam kes Scorpene). Perkara ini mencemarkan imej
Malaysia sendiri,”
“Kalau kerajaan telus, kalau tidak ada rasuah, kenapa
takut?,” soalnya mengulas jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein.
Kelmarin,
Hishamuddin menyatakan peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph
Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak
tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’
Mengulas
lanjut, Sivarasa menegaskan kes mengenai Scorpene difailkan di Mahkamah
Perancis kerana kerajaan enggan menjalankan siasatan.
“Sebab itu
kita adakan taklimat di parlimen. Bukan sahaja Pakatan Rakyat, malah
ahli parlimen BN juga boleh mendengar status siasatan,” tambah beliau.
Sementara itu ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula hairan dengan alasan kerajaan bahawa taklimat itu kononnya mengancam keselamatan.
Sementara itu ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula hairan dengan alasan kerajaan bahawa taklimat itu kononnya mengancam keselamatan.
“Sebelum
ini mereka ganggu Suaram. Sekarang halang peguam dengan memperguna
jabatan Imigresen dan Polis. Ini dolak dalik mereka yang ketakutan,”
kata Tian.
Sebelum ini, kedua-duap peguam berkenaan dijadual memberi taklimat berhubung kes Scorpene di parlimen pada 22 November ini.
Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November 2012.
Pada Julai
2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William Bourdon ketika tiba
di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di
Petaling Jaya.
Ahli
Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dari Barisan Nasional
(BN) menyatakan kesediaannya untuk hadir pada taklimat Scorpene yang
dijadual diadakan di Parlimen Khamis depan.
“Tiada
masalah untuk hadir mendengar taklimat. Sekiranya dijemput dan saya
punya masa, apa salahnya, saya akan hadir,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Menurut
Bung Mokhtar, beliau tidak meletakkan sebarang halangan dan sedia
menyambut ketibaan peguam dari Perancis itu di Parlimen.
“Saya tiada sebarang halangan dan masalah untuk itu,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan