SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara berikutan
tanah runtuh di kawasan berdekatan Menara Tinjau, Bukit Ampang petang
tadi.
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaludin berkata runtuhan itu
dipercayai berpunca daripada hujan lebat beberapa hari lepas.
"Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif lain," katanya kepada Bernama malam ini.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyatakan
runtuhan lereng bukit seluas kira-kira 50 meter persegi itu didapati
telah menutupi jalan berkenaan, menyebabkan lalu lintas tergendala.
Dalam sistem pesanan ringkas, jurucakap jabatan itu berkata pihaknya
menerima maklumat mengenai runtuhan itu pada 6.11 petang tadi.
Beliau berkata Jabatan Kerja Raya juga telah menutup keseluruhan jalan
dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas.
"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan