Jumaat, 9 November 2012

TANAH RUNTUH GRAND VIEW KURANG DIPANTAU

Oleh : SHAIMON S JUMADI




RUNTUH….Inilah kawasan tanah Runtuh di lereng bukit Grand View. (maaf gambar kurang jelas)

KETUA Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Charlie O Pang merayu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan agar dapat memantau dan seterusnya mencari jalan bagi mengatasi masalah tanah runtuh di lereng bukit belakang deretan rumah bermula nombor 389 Taman Grand View, Sandakan.

Hasil tinjauan beliau ke tempat tersebut kelmarin mendapati bahawa bukit bekas di radu itu agak berbahaya dan kemungkinan hakisan tanah tersebut akan runtuh bila-bila masa sahaja kerana sekarang ini musim tengkujuh.
Pang menjelaskan masalah runtuh di kawasan perumahan tersebut memang sering berlaku ketika hujan berpanjangan, lantas hakisan tanah yang dibawa arus air hujan terus mengalir dan menjadikan banjir lumpur memasuki kawasan perumahan yang berhampiran.

“Sebagai Ahli Majlis MPS yang turut bertanggungjawab perkara ini, saya merayu kepada pihak MPS dan JRK mencari jalan alternatif untuk menangani masalah tanah runtuh dengan segera sebelum sesuatu perkara buruk yang tidak diingini berlaku menimpa penduduk setempat lagipun sekarang sudah musimnya hujan setiap hari,” ujarnya.

Tambah Pang lagi, hasil lawatannya kelmarin ke tempat tersebut beliaupun sudah membuat laporan rasmi bertulis kepada pihak MPS mengenai hal tersebut untuk diambil tindakan segera.

Tiada ulasan: