Rabu, 7 November 2012

Semakan Elaun Kakitangan Awam : “Kami Dapat Elaun Rumah Rendah RM180 Sebulan Tapi Rumah Sewa Sekarang RM500 Sebulan”? Kerajaan Sila Kaji!!

BERITA SEMASA

elaun penjawat awam
Gambar Hiasan
 
Elaun kakitangan awam : Jika sebelum ini mungkin ada yang memasang impian akan ada kemungkinan sekali lagi semakan gaji kakitangan awam melibatkan 1.4 juta kakitangan awam. Malangnya, berita semakan kaji hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja kakitangan awam yang diberikan perhatian di atas sebab-sebab seperti DI SINI.

Kali ini kalangan kakitangan awam mendesak pula supaya dibuat semakan semula elaun penjawat awam seperti elaun perumahan untuk dikaji semula kerana merasakan elaun perumahan yang diberikan sekarang sudah tidak relevan lagi lebih-lebih lagi dengan bebanan kos sara hidup yang ada ketika ini terutamanya kadar sewa rumah yang semakin meningkat tinggi…..
“Tak dapat semakan gaji, pusing permintaan kepada elaun pula”

Apa Kata Kalangan kakitangan Awam Mengenai Elaun Yang Diberikan Sekarang Ini?

  1. Mohd Husni Jamal  : “Sebenarnya untuk memuaskan hati semua orang memanglah susah.Tetapi saya rasa kenaikan gaji penting (selain itu), elaun-elaun sampingan. Kalau kita lihat elaun perumahan, kita ambil contoh di Kuala Lumpur ini, yang diberi itu Cola sahaja tetapi rumah di Kuala Lumpur mesti RM500 hingga RM600.Jadi kerajaan kita tengok baliklah,”.
  2. Ahmad Helmi Abas : ““Kalau kita lihat kos kehidupan sekarang ini, tambah-tambah lagi di Kuala Lumpur amat-amat tinggi. Kalau kita ambil gaji paling rendah RM2,000, dia akan membuatkan kita rasa tersiksa dengan kenaikan harga bahan mentah dan sebagainya,”
  3. Suhaini Salleh : “Sudah lama  elaun perumahan dan khidmat awam tidak dikaji semula oleh kerajaan, kalau tak silap tahun 2002. Elaun perumahan, elaun khidmat awam perlu dikaji semula saya rasa, selain gaji. Kalau kita lihat kepada keadaan sekarang ini di samping, kajian mengenai elaun itu sudah lama tidak dinaikkan, cuma gaji sahaja (diselaraskan), jadi kita minta kerajaan lihat di situlah,”
  4. Kamaruddin Sa’ud : “Apa salahnya untuk kita lihat setiap lima tahun sekali gaji kakitangan awam ini,”
  5. Shazwani Sudarji : “Kalau kenaikan gaji saya rasa OK, seronok. Mungkin elaun perlu dinaikkan juga, tak pun, elaun rumah dinaikkan kan ke… macam itulah,”
  6. Mohd Hakimi Mohd Johar, “Tidak semestinya dengan wang… ya… memang betul kita perlukan wang tetapi seperti memberikan mereka lebih kepada sumbangan-sumbangan anak-anak sekolah. Ia boleh memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan gigih,”
  7. Zulkarnain Othman : “Dapat elaun rumah rendah RM180 sebulan. Rumah sewa sekarang RM500 sebulan. Harga minyak naik buat kerja luar guna kereta sendiri… untuk jabatan tak ikut nilai harga nilai minyak semasa. Semua itu harus diambil kira.”
  8. Abe Epin Upin : “Sokong sesangat… elaun rumah dikaji semua bersama dengan elaun cola diselaraskan… tak perlu bezakan luar bandar dan dalam Bandar, kerja sama juga kena buat.
  9. Wan Musa : “Alhamdulillah… berkat doa dari penjawat-penjawat awam yang sentisa minta dari ALLAH SWT agar dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki…cuma satu lontaran yang saya ingin lontarkan kepada pihak penguasa dan pelaksana…kesetimpalan kenaikan gaji ni akan memberi manfaat sekiranya harga barang-barang yang wujud ini tidak dinaikkan… kos-kos pengangkutan…kos perkhidmatan dan sebagainya… sekiranya ini juga dinaikkan, maka gaji naiklah beberapa kali pun…kalau kos-kos disebutkan diatas…juga dinaikkan…saya rasa…tak akan menjadi…kita akan berada ditakuk yang sama.”
  10. Mohd Hazli Ahmad : “Betul tu!saya setuju! Asal naik gaji je,barang-barang keperluan pun turut naik, jadi tak ada makna la gaji naik sekali pun… kalau gaji naik,barang keperluan tak naik baru rasa kenaikan gaji tu… kalau tak, tak rasa apa la gaji naik pun.”
  11. Pojie Seman yang berkata, “Memang patut… dengan kos sara hidup sekarang yang semakin meningkat gaji kakitangan awam perlu diberi kenaikan… selain gaji… lain-lain elaun perlu juga dikaji… sebagai contoh elaun rumah…kebanyakan elaun rumah tidak dapat menampung kos sewa rumah terutama di kawasan bandar..Selain itu, kenaikan gaji perlu juga mengambil kira kadar inflasi dinegara ni… naik gaji barang pun naik… sepatutnya kawalan yang lebih sistematik perlu dilaksanakan terhadap kenaikan harga barang terutama barangan makanan… ini penting bagi memastikan nilai ringgit yang dibelanjakan… jangan sampai jadi zaman duit daun pisang…”
  12. Syakir Yazid : ”Gaji dekat Lembah Kelang ni dah tak logik. Kebanyakkan sudah tak mampu beli rumah, taraf hidup tinggi. Kerajaan prihatin dengan kami dengan memberi kamera AES,”
  13. Hashim Buyu : “Yang penting harga barang, rumah perlu dikawal – jika tidak naik gaji tidak bermakna!”
  14. Ra Mo Sha : “Gaji tak naik pun harga barang naik. Gaji tak naik harga rumah naik, gaji tak naik harga petrol naik, gaji tak naik harga kereta naik…tak payahlah salahkan gaji yang naik yang menyebabkan semua naik, dasar kerajaan yang menyebabkan semua ni naik,” katanya.
Elaun Rumah Kakitangan Awam 

Ada yang mengatakan kalangan kakitangan awam memegang kunci “PRU”. Benarkah? Mungkin ada kalangan kakitangan awam merasakan apa yang mereka minta adalah sebenarnya “HAK” mereka sebenarnya. dan merasakan inilah waktu ketika dan masa yang terbaik utnuk membuat tuntutan….

Walaubagaimanapun,  hakikatnya yang perlu diakui sekarang ini kos untuk membayar emolumen (gaji + elaun kakitangan awam) kepada 1.42 juta penjawat awam sekarang ini adalah mencecah RM60 billion setahun, suatu jumlah yang amat besar bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia yang pendapatan tahunannya hanya sekitar 200+- billion setahun…

P/S : Bagi kami, jika kita masih tidak perbetulkan asas bagaimana boleh melonjaknya kos sara hidup di Malaysia sampai bila-bila pun kita pasti akan mendengar rungutan dan tuntutan untuk semakan gaji dan elaun kakitangan awam. Walaupun ada kenaikan gajidan elaun tetapi dalam pada masa yang sama harga barang dan kos sara hidup turut melonjak sama, sebenarnya tiada makna di situ. Apa kata yang lain?

Tiada ulasan: