Pelakon
Rozita Che Wan tidak pernah berasa gentar dengan pelbagai gosip
murahan yang melanda dia sejak kebelakangan ini kerana anak-anak
mengetahui siapa sebenar dirinya.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan
Che Ta, 39, berkata, anak-anaknya iaitu Ammar Effendi, 15, dan Aniq
Ezra, 14, sentiasa memberikan sokongan apabila ada cerita kurang enak
tentang dirinya tersebar.
“Anak-anak
sangat memahami situasi hidup saya yang sering berhadapan dengan
pelbagai gosip namun mereka sering mempertahankannya kerana mereka
memahami kedudukan saya dan dengan siapa saya berkawan.
“Malah
kadang-kadang anak-anak ketawa membaca gosip tentang saya kerana mereka
tahu siapa ibu mereka yang sebenar,” ujarnya kepada mStar Online.
Rozita
dihimpit kontroversi terbaru apabila sekeping gambar separuh bogel yang
dikatakan miliknya telah tersebar tetapi pelakon tersebut tampil
menafikannya.
Selain
gosip itu, dia juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan
beberapa artis muda seperti Zain Saidin, Beego dan Shahir (AF).
Dalam pada
itu, Che Ta berkata, dia tidak bimbang berkemungkinan anak-anaknya
diejek oleh rakan sekolah kerana mereka sudah bijak menilai sesuatu
cerita itu sama ada ia gosip ataupun kisah sebenar.
“Setakat ini tidak ada pula mereka mengadu diejek oleh rakan-rakan di sekolah dan saya tidak rasa mereka tidak mempedulikan perkara itu,” jelasnya.
“Setakat ini tidak ada pula mereka mengadu diejek oleh rakan-rakan di sekolah dan saya tidak rasa mereka tidak mempedulikan perkara itu,” jelasnya.
Sementara
itu, Che Ta turut mengakui, jodohnya agak ‘liat’ namun tidak terlalu
terdesak untuk mengakhiri zaman jandanya dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, Che Ta kini sibuk menjalani penggambaran musim terbaru Kiah Pekasam yang berjudul Kiah Spy Jepun terbitan Zeel Productions.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan