MSTAR ONLINE
KUANTAN: Kerajaan akan mempermudah dan mempercepatkan pendaftaran
Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) baru, tanpa perlu mendapat kelulusan
agensi-agensi teknikal terlebih dahulu, jika mereka memenuhi standard
minimum yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
berkata,melalui prosedur yang akan dikaji semula itu, ia akan dapat
memastikan lebih banyak Taska dibuka pada masa depan.
"Asalkan Taska tersebut mengikut piawaian yang telah kita tentukan, maka luluslah pendaftarannya supaya lebih cepat pusat asuhan atau Taska dapat beroperasi," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Program Astro 'Kasih Knowledge Zone' di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom di Penor, dekat sini pada Sabtu.
Sebelum ini, pengusaha Taska perlu mendapatkan kelulusan daripada agensi teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat terlebih dahulu sebelum mereka didaftarkan oleh JKM.
Beliau berkata, melalui inisiatif itu, sebanyak 372 buah Taska baru dapatdidaftarkan yang akan menjadikan jumlah Taska berdaftar sehingga kini sebanyak1,767 buah.
"Jumlah Taska itu akan memberi manfaat kepada hampir 53,000 kanak-kanak di seluruh negara yang mendapat perkhidmatan jagaan dan pendidikan awal yang berkualiti dan lebih sempurna," katanya.
Turut hadir pada majlis itu adalah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Astro Tun Zaki Tun Azmi dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator HengSeai Kie.
Selain itu, katanya, kerajaan juga memperuntukkan RM10 juta kepada penyediapusat pendidikan awal kanak-kanak bagi membuka Taska baru yang berkualiti supayasemua kanak-kanak mendapat peluang membangun dengan kanak-kanak yang lebihbernasib baik.
"Melalui inisiatif ini, kerajaan menjangka dapat membantu penubuhan 1,000 buah Taska baru dengan kadar RM10,000 bagi setiap Taska yang akan memberi manfaat kepada hampir 30,000 kanak-kanak mulai tahun depan," kata beliau.
Sementara itu, Najib berkata, melalui Program Astro Kasih Knowledge Zone itupihak Astro membekalkan dekoder B.yond, pemasangan dan bayaran langganan bulanan pakej famili percuma kepada semua rumah kebajikan yang berdaftar dengan JKM.
Menurutnya, Astro juga akan menyediakan sudut serta bahan bacaan kepada 24 pusat kebajikan kanak-kanak di seluruh negara. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan