Paras
air beberapa batang sungai di Selangor telah melebihi paras amaran,
demikian menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Portal itu mendedahkan paras air Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor melebihi aras amaran 7.60 meter malam ini.
Ia
juga melaporkan paras air di Sungai Selangor, Kuala Badong dan Sungai
Langat di Bukit Changgang telah melepasi aras bahaya iaitu masing-masing
mencatat 4.03 meter dan 4.36 meter.
Di Pahang, paras air Empangan Repas, Bentong naik sehingga 113.67 meter iaitu melebihi aras amaran.
Sehubungan itu, penduduk di sekitar kawasan terlibat dinasihat agar berjaga-jaga.
Sementara itu, bilangan mangsa banjir di Selangor kekal 1,273 orang setakat 8.30 malam.
Menurut
portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa banjir di
Melaka tidak berubah iaitu 90 orang, dan di Johor, ia meningkat kepada
160 orang berbanding 140 petang tadi.
Sejumlah 12 pusat
pemindahan masih dibuka di tiga negeri itu, dan tiada penutupan jalan
atau korban banjir dilaporkan setakat ini, kata MKN.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan