Nik Aziz: Berhati-hati elak dijerat
24 November 2012
antara komponen Pakatan Rakyat (PR) sendiri.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hal ini adalah bertujuan untuk mengelak parti daripada terjerat dengan cadangan yang boleh membawa kepada kemudaratan.
“Tun Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya. Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Nik Aziz berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang menganggap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai jadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan tersebut Tun Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan Ahli Parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan Perdana Menteri itu hanya boleh
diselesaikan di peringkat PR sendiri.
“Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang,” katanya.
Kemelut perebutan kuasa menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara berlaku apabila, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka pada Jumaat lalu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini, mencadangkan Anwar layak menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan