Ahad, 4 November 2012

“Nasib baik hujan” : Kehadiran Himpunan Kebangkitan Rakyat Luar Jangkaan




SHAH ALAM : Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dan tinjauan TVSelangor di tapak acara tersebut semalam di Taman Seremban Jaya, Seremban mendapati kehadiran luar jangkaan dan bukan seperti yang cuba digambarkan media pro Umno-BN.

Malah Pengarah Jawatankuas Penganjur sambutan itu, Mohamad Sabu melafazkan kesyukuran kerana hujan pada malam tersebut mengurangkan kehadiran di padang yang sudah sesak dengan lebih 10,000 orang.

Pemerhatian TVSelangor pada pukul 9 malam mendapati padang di depan khemah dan pentas telah penuh dengan hadirin yang sanggup berpayung dan menunggu di dalam hujan untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat.

“Anggaran kami kehadiran orang ramai di sepanjang hari semalam tidak mustahil mencecah sasaran 50,000, kalau tidak pun, sudah pasti hampir.

“Memang kita tak mahu cuaca buruk, tetapi memang benarlah hujan itu ada rahmatnya sebab kalau tak hujan saya kira keadaan jadi kelam-kabut.

“Tak dapat tampung lebih dari yang ada semalam,” kata beliau ketika dihubungi.

Hari ini, beberapa media pro-Umno mendakwa bahawa acara semalam tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan.

Mereka dipercayai menyebarkan gambar di internet yang menunjukkan padang yang kosong dan suasana yang hambar pada waktu tengahari acara itu kira-kira pukul 4.30 petang.

Walaubagaimanapun, crew TVSelangor yang mebuat liputan dari awal himpunan tersebut mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan padang selepas pukul 8 malam, waktu yang ditetapkan oleh penganjur untuk acara malam bermula.

TVSelangor juga mendapati walaupun dilanda hujan semenjak pukul 2.30 petang hingga ke 10.30 malam dan keadaan yang becak di tapak himpunan, ianya tidak menghalang orang ramai dari terus datang berpusu-pusu ke tapak tersebut.



Hujan waktu tengahari juga tidak mematahkan semangat aktivis Pakatan Rakyat untuk mengadakan konvoi sebanyak 200 motosikal dan 50 kereta yang bergerak dari stadium Paroi ke Taman Seremban Jaya.

Mohamad juga berkata sambutan hangat di luar jangkaan kerana Negeri Sembilan dianggap sebagai salah satu kubu Umno-BN.

“Negeri Sembilan ini sendiri pun bukanlah seperti di Kelantan atau Kedah negeri PAS. Ini negeri BN sebab itulah kami tak jangkakan keadaan sambutan hangat seperti ini.

“Tak tahulah saya macamana keadaannya kalau hujan tak turun semalam,” ujar beliau lagi.

Penganjur juga merancang untuk mengadakan himpunan seperti ini di Pulau Pinang, Perlis dan Melaka.

Beliau juga menyindir laporan media Umno-BN yang mendakwa HKR gagal mendapat sambutan orang ramai.

“Itu biasalah … dahulu masa BERSIH 3.0 pun dia orang lapor cuma 50 ribu sahaja yang datang,” ujar Mohamad Sabu.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lawan tetap lawan..tahniah rakyat Negeri Sembilan

*http://cowayforall.blogspot.com/*