Ahad, 4 November 2012

Kakitangan awam dibunuh, isteri dirogol

THE MALAYSIAN INSIDER


BENTONG- Seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya dipercayai dirogol dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian pukul 4.40 pagi itu, Khairul Hazri Jamaludin, 31, dan isterinya yang berusia 28 tahun tidur di ruang tamu.

Menurutnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah masuk ke dalam rumah menerusi tingkap bahagian dapur.

"Kehadiran suspek mengejutkan pasangan suami isteri itu menyebabkan Khairul Hazri bertindak mempertahankan diri dan bergelut dengan suspek.-utusan

Tiada ulasan: