SAYA ingin berkongsi beberapa keping gambar di tempat saya berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah di pedalaman Pensiangan, Nabawan. Sekolah Kebangsaan Saliku merupakan sebuah sekolah yang jauh dan agak terpencil kemudahan perhubungan seperti jalan raya, telekomunikasi (pencawang) masih belum dirasai oleh penduduk setempat.
Sebagai seorang guru, kemudahan seperti ini amat penting bagi menyelesaikan tugas seharian. Gambar yang saya sertakan ini berkenaan keadaan 'jalan raya' yang masih belum layak digelar jalan raya Orang kampung dan guru saling bekerjasama membina sendiri laluan alternatif berikutan keadaan jalan yang amat berisiko.
Saya turut menyertakan situasi murid-murid yang datang ke sekolah terpaksa menggadai nyawa melalui jambatan yang hampir patah. Diharap pihak tuan dapat menyiarkan gambar-gambar untuk makluman dan tindakan pihak berwajib.
Amat menyedihkan kerana murid-murid di sekolah ini tinggal di dua buah kampung iaitu Kg. Saliku dan Kg. Sibuah. Bagi murid-murid yang tinggal di Kg. Sibuah, mereka terpaksa bertolak dari rumah lebih kurang jam 6.00 pagi untuk sampai ke sekolah, namun mereka tetap terlewat disebabkan kedaan jalan yang terlalu teruk.GURU KECEWA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan