PUCHONG
– Seorang pemilik kilang pengedar ais krim berjenama terkenal di Taman
Perindustrian Puchong di sini buntu apabila premisnya sudah 25 kali
dipecah masuk sejak tahun lalu.
Dia yang sudah membuat 25 kali laporan
polis berhubung perkara terbabit turut membuat aduan kepada Biro Aduan
Puchong berikutan tidak sanggup lagi menanggung kerugian puluhan ribu
ringgit.
Ketua
Biro Aduan Puchong, Kuan Chee Heng yang menerima aduan itu berkata,
mangsa mendakwa kerugian hampir RM30,000 apabila stok ais krim dibawa
lari dalam kejadian yang sering berlaku pada waktu awal pagi.
Katanya,
dalam dua kejadian berasingan sebelum ini suspek yang juga bekas
pekerja kilang pernah diberkas dan diserahkan kepada polis.
Beliau
berkata, suspek pernah direman dan dikenakan tindakan namun selepas
dibebaskan sekali lagi dia dicekup ketika cuba membawa lari beberapa
kotak ais krim dari kilang sama.
“Mangsa
sudah tidak tahan tanggung kerugian kerana berpuluh kali kilangnya
dipecah masuk oleh orang yang kemaruk mencuri ais krimnya. Aduan
pengadu ini akan dipanjangkan kepada perhatian polis untuk tindakan
selanjutnya,” katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.
Dalam kes
berasingan Chee Heng berkata, beliau turut menerima aduan berhubung kes
peras ugut di kawasan perindustrian yang sama kebelakangan ini.
Katanya, kumpulan suspek itu menggunakan modus operandi menunggu kenderaan pemilik kenderaan masuk ke dalam kawasan premis sebelum menyusul masuk ke dalam kawasan bangunan kilang beberapa minit selepas itu.
Katanya, kumpulan suspek itu menggunakan modus operandi menunggu kenderaan pemilik kenderaan masuk ke dalam kawasan premis sebelum menyusul masuk ke dalam kawasan bangunan kilang beberapa minit selepas itu.
Katanya,
suspek kemudian memberitahu kepada pemilik kilang bahawa kenderaan yang
dinaiki ada melanggar ‘abang’ atau ‘adik’ mereka dalam kejadian
kemalangan yang direka-reka.
Chee Heng
berkata, kumpulan suspek terdiri daripada beberapa orang lelaki
tempatan itu juga mendakwa sudah membawa ‘mangsa kemalangan’ yang
kononnya dilanggar pemilik kilang ke hospital.
Suspek
kemudian meminta wang pampasan bagi pihak mangsa antara RM2,000 hingga
RM3,000 dan akan mengeluarkan kata-kata kesat sekiranya permintaan itu
tidak dituruti.
“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan taktik jahat suspek ini sebaliknya bertindak segera menghubungi polis,” katanya.
“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan taktik jahat suspek ini sebaliknya bertindak segera menghubungi polis,” katanya.
Menurutnya, setakat ini lapan aduan kes berhubung kejadian itu diterima pihaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan