KOTA BHARU-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini sasau
apabila sanggup memainkan pelbagai isu termasuk memutar belitkan
kenyataan Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar yang didakwa cuba
memurtadkan orang Islam.
Dakwa beliau, ia jelas apabila parti itu sudah tidak mempunyai perkara untuk dipertahankan selain memfitnah Pakatan Rakyat (PR).
“Umno kini sasau, meroyan dan nyanyuk serta ‘gedebe’, sekejap itu, sekejap ini, sebabnya mereka tidak ada benda yang hendak dipertahankan, yang mana kalau umat dan rakyat ini termakan dengan fitnah ini, itu petanda punah- ranah negara ini.

“Kalau rakyat
sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita perlu
selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum
akan datang, dengan menjatuhkan Barisan Nasional (BN),” katanya ketika
berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di
sini, kelmarin.
Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, selain 40,000 penyokong termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam masa sama,
Anwar yang juga Ketua Umum PKR menafikan negeri di bawah pimpinan
pakatan pembangkang akan muflis jika ditadbir PR, sebaliknya lebih
membangun.
“Kalau ikut
negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih
lagi pentadbiran kita, itu semua boleh baca dalam laporan Ketua Audit
Negara,” katanya.
Tegasnya,
dakwaan itu tidak benar kerana sebelum ini jumlah hutang negeri Kelantan
yang banyak ditinggalkan Umno dibayar oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz
Nik Mat.
“Dan terkini
berlakunya lebihan pendapatan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM2.4
bilion dan Pulau Pinang sebanyak RM2 bilion kerana dipimpin oleh Pakatan
Rakyat,” katanya.
Anwar berkata,
rakyat kini menunjukkan sokongan terhadap janji yang ditawarkan Pakatan
Rakyat termasuk termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti
kepada negeri yang berhak dan menurunkan cukai eksais sebanyak 20
peratus, sekiranya pakatan itu berjaya menawan Putrajaya.
Mengulas ucapan Abdul Hadi yang sebelum itu menekankan soal etika, sistem nilai dan tatakelola kerajaan, Anwar yakin Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya sekalipun pilihan raya umum diadakan pada Disember atau Januari tahun depan.

Sementara itu,
Abdul Hadi turut meyakinkan rakyat mengenai kemampuan PR untuk mentadbir
negara dengan adil, amanah dan bersih jika diberi mandat mentadbir
Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.
”Kalau ada
rasuah, tolong tangkap, ambil tindakan. Kami tidak mahu pemimpin
kerajaan yang rasuah...harta negara dan pentadbiran adalah amanah dan
Allah melaknat orang yang mengamalkan rasuah, di negara lain pemimpin
yang melakukan kesilapan akan dipecat, kita bila lagi, pecat kerajaan
yang ada, gantikan dengan kami, Pakatan Rakyat.
Kita laksana pentadbiran yang baik,” katanya.
Ahli Parlimen
Marang itu, turut mengulangi keyakinan PR akan berjaya menumbangkan BN
pada pilihan raya umum nanti dan menguasai Putrajaya berdasarkan
kesepakatan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan