Isnin, 19 November 2012

Anne pertahan jodoh pemuda Umno

 

KL TODAY

Keputusan singkat untuk menamatkan status jandanya bulan Disember ini selepas putus cinta dengan penyanyi lelaki, Aliff Aziz tidak membuatkan pelakon wanita, Anne Ngasri berfikir itu keputusan yang terburu-buru.

Anne yang mengikat tali pertunangan dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, pada jam 11 pagi, 11 November lalu benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Walaupun dirinya dikecam kerana mempunyai pengganti dalam masa yang singkat berbanding diri Aliff, Anne pasti dengan keputusan masa depan yang dilakukannya.

Malah, kesungguhan yang ditunjuk oleh Mohd Sumali untuk memperisterikannya tidak menggoyahkan lagi keputusan yang dibuat oleh Anne.

“Saya tidak menganggap pertunangan dan pernikahan kami kelak sebagai keputusan yang terburu-terburu kerana kami sudah saling mengenali sejak setahun yang lalu.

“Bagaimanapun, saya akui terkejut dan terharu apabila dia bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya dan datang bertemu keluarga. Bagi saya kehadirannya dalam hidup saya dan anak-anak, tepat pada waktunya,” kata Anne yang dipetik dari laporan Sinar Harian Online.

Anne mengerti dirinya dikecam kerana beralih cinta dari lelaki yang muda kepada yang lebih berusia.

Bagi Anne, segala ketentuan mengenai jodohnya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan dia menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Saya serahkan kepada Allah SWT atas jodoh yang diberikan. Walaupun ada yang cemuh kerana pertunangan ini, saya faham, mereka sayangkan saya dan nak yang terbaik buat saya.

“Tapi ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Saya harap mereka akan doa yang terbaik buat saya. Namun, di mana istimewanya tunang pada mata saya, akan saya beritahu selepas semuanya selamat kelak,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anaknya dengan kehadiran bakal suaminya, Anne jujur mengakui dua orang putera dan puterinya langsung tiada masalah menerima insan baru dalam keluarga mereka.

Malah, dia gembira kerana bakal keluarga mertuanya juga tiada masalah menerima dirinya dan anak-anaknya.

“Mungkin faktor mereka masih kecil membuatkan mereka tidak ada masalah untuk bersama sesiapa sahaja.
“Bagaimanapun, saya amat menitik berat soal anak-anak dan tunang saya juga tidak ada masalah dengan anak-anak saya. Malah keluarga juga merestui hubungan ini, jadi saya rasa amat bersyukur,” katanya.

Tiada ulasan: