Ahad, 1 April 2012

Suhaimi: Umno Selangor Bermimpi Di Siang Hari



SHAH ALAM : Keyakinan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kononnya gagasan itu mampu merampas kembali negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai mimpi disiang hari.

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata kenyataan seumpama itu adalah amalan biasa bagi kepimpinan Umno-BN sebagai cubaan meyakinkan rakyat bahawa mereka masih relevan untuk memerintah negeri.

“Kenyataan Umno Selangor itu jelas satu rektorik dan perang saraf menjelang pilihanraya.

“Umno Selangor sebelum PRU-12 pernah membuat kenyataan bahawa di Selangor akan sifar pembangkang, keyakinan yang memuncak itu terjawab selepas 2008 dimana Umno-BN disingkirkan rakyat untuk terus menerajui Selangor,”jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Noh Omar sebagai berkata pihaknya yakin Umno-Bn akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam wawancara itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Shuhaimi berkata hasil tinjaun yang dilakukan berhubung penerimaan rakyat terhadap kepimpinan hari ini jelas menafikan kenyataan Noh itu.

“PKR dan Pas masing-masing bakal menambah sekurang-kurangnya lima lagi kerusi. Manakala DAP akan terus mengekalkan 13 kerusinya pada PRU-13 akan datang.

“Perkara ini dikuatkan lagi dengan culaan terakhir yang dijalankan dimana 62 peratus rakyat selesa dan menyokong penuh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama ini memberikan impak yang baik selain keselesaan kepada rakyat di Selangor.

“Saya tidak nampak sebab untuk rakyat menolak sebuah kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan menitik beratkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan 20 program yang terus membantu golongan-golongan miskin di Selangor,”jelas Shuhaimi ketika dihubungi SelangorKu.

Menurut Suhaimi lagi tidak masuk akan emandangkan terlalu banyak penyelewengan dilakukan Oleh Umno-BN ketika menguasai Selangor.

“Segala penyelewengan yang dilakukan Umno Selangor itu sudah terlalu besar untuk dimaafkan oleh rakyat dan rakyat tidak sesekali akan membenarkan perompak dan penyamun ini kembali memerintah.

“Kami akan bongkar pelbagai lagi salah laku dan penyelewengan Umno terutama dalam aktiviti menjual tanah rezab melayu untuk kepentingan poket pemimpin politik mereka,”jelas Shuhaimi.

Shuhaimi menambah, Umno seharusnya melihat kepada realiti sebenar dan bukannya membuat kenyataan rektorik semata-mata.

“Umno Selangor telah mencuba segala macam cara untuk merampas Selangor, tetapi mereka lupa rakyat hari ini cerdik untuk menilai.

“Malangnya, Perdana Menteri sendiri terpaksa turun padang membantu pemimpin Umno-Selangor,”tambah Shuhaimi.

Menyedari tiada pemimpin Umno Selangor yang berpotensi dan bersih dari sebarang penyelewengan kuasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terpaksa dilantik mengetuai Umno Selangor.

Najib pula pada minggu lalu membuat kenyataan bahawa rakyat Selangor telah memberi sokongan memuncak kepada kerajaan selepas beliau mengadakan lawatan ke Selangor.

Kenyataan Noh tersebut juga dilihat sebagai tindakan mengampu bertujuan mengambil hati Perdana Menteri sedangkan hakikatnya Umno-BN semakin disisih oleh rakyat Selangor

Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung.

Tiada ulasan: