Ahad, 1 April 2012

Kunjungan Anwar Ke Gua Musang: Kubu Umno Di Paloh Pecah

MSO


Gelombang
kebangkitan rakyat Kelantan tidak dapat sesiapa tahan lagi. Pemberian wang kerajaan kepada rakyat menerusi BR1M atau pelbagai pemberian wang lain serta berbagai janji-janji molok tidak mampu memerah menyalakan gelombang merah.

Rakyat Kelantan nampak cerdik dalam politik dan tidak mudah terbelit dengan jerat dan perangkap politik. Misalnya pemberian BR1M sebanyak RM500 tidak menyebabkan kaki rakyat Kelantan tertambat dan tidur di bawah dacing sebaliknya ia merupakan kemudahan kepada rakyat Kelantan untuk pegi ke program-progran anjuran parti Pakatan Rakyat bagi mendapat penjelasan sahih tentang politik.

BR1M tampaknya bukan memberi laba kepada UBN tetapi secara tidak langsung memberi modal untuk rakyat pergi mendengar ceramah dan penjelasan Pakatan Rakyat terhadap kezaliman berterusan UBN terhadap rakyat Kelantan sejak tahun 60.

Ini terbukti bila mana semakin hari semakin hangat dan hebat sambutan rakyat kepada program Pakatan Rakyat. Tidak kira jauh atau dekat rakyat akan berduyun-duyun mengerumini ceramah dan program dianjurkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Makin dekat pilihan raya makin membuak dendam tak sudah rakyat Kelantan kepada UBN.

Ini bukan ombong kosong tetapi hakikat. Ia dapat dilihat dan digeruni oleh makhluk cerdik bukan saja bernama manusia tetapi lembu juga.
Kunjungan sehari suntuk bakal PM, Anwar Ibrahim ke Kelantan pada Jumaat lalu mendapat sambutan di luar dugaan. Bukan saja program di sekitar Kota Bharu, Kuala Krai atau Tumpat, tetapi program nun jauh di Hulu Kelantan serta pedalaman juga mendapat sambutan hangat.

Selain dari menggunakan kemudahan wang RM500 untuk pergi mendengar ceramah Pakatan Rakyat, tetapi sikap rakyat Kelantan juga jauh lebih terbuka dan berani menjadi penyebabkan kenapa kehangatan dan sambutan di luar dugaan itu terjadi.

Keadaan ini timbul bukan kerana apa, melainkan kerana rakyat sudah cemuh dan rimas dengan corak dan stail pentadbiran kerajaan UBN serta beberapa kezaliman dilakukan terhadap rakyat. UBN hanya memutar piring-piring klasik yang sudah diarifi oleh umum. Pemimpin UBN akan menjadi mesra rakyat dan sanggup melutut kepada rakyat beberapa bulan menjelang pilihan raya saja.

Apa yang 'bergelisar' di dalam hati orang ramai kini ialah mereka ingin melibat satu perubahan berlaku ke atas negara ini. Mereka mahu membandingkan kerajaan baru dengan kerajaan UBN. Keinginan itu bukan mereka tidak menerima UBN atau pun tidak menerima budi dan jasa-jasa UBN, tetapi mereka lebih percaya kerajaan baru yang bakal menggantikan UBN lebih praktikal. Rakyat bersikap begitu kerana mereka sudah pun mulai merangkak keluar dari tempurung bulu.

Ada beberapa faktor lain kenapa perubahan ini berlaku. Selain daripada kerajaan UBN sudah terlalu lama, sudah 54 tahun, ia juga disebabkan perubahan masa. Hari ini maklumat sudah tidak dapat ditutup lagi. Misalnya kisah lembu yang dicuri disimpan di dalam kondo juga dapat dihidu rakyat akan kehamisan kencing dan tahinya. Begitu juga dengan kisah Hasan mencuri lembu yang cakap sampai bersembur air liur sudah dikenali rakyat siapa dia itu.

Hari ini retorika bukan boleh memancing dan mempesonakan rakyat lagi. Tetapi apa yang penting ialah praktikal, rakyat mahu merasai bukan tonton dan baca. Sebab itu apa-apa yang dilaporkan oleh tv yang nretak skrin rakyat tidak mempercayainya. Mereka sanggup berjalan berpuluh batu untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat secara live.

Penyelewengan dilakukan kerajaan dan para kroninya tidak dapat disembunyikan lagi. Perkembangan inilah menyebabkan rakyat sudah dapat merasakan mereka tertipu kesekian lama. Bagi nasib peneroka baik di bawah Kesedar maupun Felda misalnya, mereka merasakan nasib mereka dipermainkan. Janji-janji untuk menyelesaikan masalah mereka terutama dalam menambahkan pendapatan dan memberi geran hak milik dirasakan sebagai satu persendaan semata-mata.

Justeru mereka ingin melihat dan mengujuji pula sejauh mana kerajaan baru akan datang atau kerajaan Kelantan dibawah Pas hari ini prihatin dalam hal ini dan menyelesaikan masalah mereka. Kesedar sudah lebih 30 tahun hanya berjanji untuk menyelesaikannya, tetapi sampai kini tidak ada cahaya penyelesaian. Satu juring geran tanah pun tidak diberikan kepada peneroka.

Sebaliknya kerajaan Kelantan dibawah Tok Guru Nik Aziz telah memberi janji lunas dan beberapa tindakan sudah dibuat, inilah menggembirakan nasib rakyat Hulu Kelantan yang terlibat dengan rancangan pembangunan tanah. Mereka sudah dapat merasakan keadilan dan rasa tanggungjawab kerajaan Kelantan, kalau pun tidak besar tetapi hakikatnya sudah merasai.

Sebelum ini sukar untuk merubah kepecayan dan keyakinan rakyat Kelantan yang terdiri dari peneroka di Hulu Kelantan. Mereka hanya menerima Umno sebagai satu-satu parti dan UBN sebagai kerajaan. Sogokan propaganda dan dakyah disampaikan oleh UBN hanya mereka mampu membela rakyat dan bangsa begitu mencengkam dalam minda mereka. Tetapi hari ini mereka sudah dapat menilai sendiri berapa peratus pembohongan kerajaan UBN dan berapa peratus yang benar.

Kerana itu kunjungan singkat Anwar Ibrahim ke Gua Musang mendapat smabutan diluar dugaan. Bukan saja Anwar tetapi saya sendiri tidak percaya melihat sambutan hangat rakyat atas kunjungan itu. Ini dapat dibuktikan apabila rakyat menyediakan makanan dan minum untuk rombongan Anwar. Penyediaan ikan kelah, gulai kawah dan pelbagai kueh menunjukkan kasih sayang rakyat kepada Anwar Ibrahim dan penerimaan rakyat terhadapnya. Para peneroka tidak mempercayai begitu saja terhadap dakwah disuapkan ke mulut mereka oleh Umno.

Mereka menganggap Anwar adalah hero baru yang akan membela nasib dan masa depan mereka. Sudah semestinya kalau Pakatan Rakyat diberi mandat menjadi kerajaan apa yang mereka bergantung harap itu akan selesai. Keadaan ini saya rasakan akan lebih bergemuruh lagi kalau Tengku Razaleigh Hamzah yang dianggap sebagai Raja Gua Musang akan bersatu tenaga dan fikiran untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Bermula dengan kunjungan ke Renak (Dun Nenggeri) sampailah ke Guchil dalam Parlimen Kuala Krai semuanya meriah. Dengan kapasiti yang hadir antara 2,000 hingga 5,000 sudah cukup menejalaskan bahawa sambutan kepada Pakatan Rakyat sedanag menggila di Gua Musang dan Kuala Krai.

Dan jikalah apa yang dirancangkan diizinkan Allah; Tengku Razaleigh Hamzah bertemu atau duduk sesaf dengan Anwar di Gua Musang semalam, sudah pasti Umno harus membungkus segala tikar bantal dan lenga dan lekar untuk melupai Gua Musang. Persepakatan Anwar, Tengku Razaleigh dan Tok Guru Nik Aziz akan mengulangi sejarah 1990 di mana Umno Kelantan tidak akan mendapat satu kerusi pun.

Barang kali Tuhan masih mengira belum sampai masa lagi untuk Tengku Razaleigh dan Anwar berjabat tangan di atas masjid kelmarin. Namun hari yang bertuah, saat memngembirakan pasti juga akan sampai suatu hari nanti. Satu majlis perdana di Gua Musang yang meletakkan Tengku Razaleigh Hamzah yang memperjuangkan royaliti minyya, tanah, Anwar yang membawa aspirasi baru dan Nik Aziz yang menjadi tukang memohon kepada Allah dan menjaga keselamatan Kelantan dan rakyat secara spritual perlu diadakan dalam masa terdekat ini.

Paling memberi kesan kepada kunjungan Anwar di Gua Musang ialah terhadap Dun Paloh. Semasa kunjungan itu beliau telah menerima borang kemasukan 130 ahli dan penyokong Umno ke dalam PKR. Kemasukan beramai-ramai ini adalah pertama kali berlaku di sini. Dun Paloh dianggap sebagai kuat kuat Umno di Gua Musang. Nazula Mat Diah sudah lima penggal menjadi Adun di situ.

Dengan kemasukan itu, kebenayakannya anak-anak muda dan pemegang jawatan di peringkat bahagia menyebabkan Dun Paloh akan lumpuh sama sekali. Majlis sambutan kunjungan Anwar itu diadakan tidak sampai 1 km dari rumah Nazula. Mungkin disebabkan kunjungan memberi kesan mendalam menyebakan saki baki anak cucu dan citi pemuda tahan lasak tahun 1959 membuat nakal dengan memasang kain rentang dengan kata-kata kurang manis, sebagai melemahkan semangat Anwar.

Di jalan raya juga ditabur paku payung untuk membocorkan tayar kereta Anwar dan rombongan. Namun itu tidak sedikit pun mengecutkan usus perut Anwar dan penyokong PKR dan Pas. Sebaliknya pengkhianatan itu menyebabkan rakyat merasa marah dan membuak-buakkan lagi keinginan untuk melihat UBN tumbang. Mungkin gara-gara itu ceramah Anwar di Padang Perdana dihadiri manusia lebih 35 ribu. (Laporan ini berasangan).

Kunjungan singkat Anwar itu tidak memuas hati orang ramai. Peneroka yang sebelum ini tidak pernah melihat wajah Anwar dari dekat terpaku mendengar pidato Anwar yang menjanjikan perubahan praktikal di samping menghuraikan fasal penyelewengan dan kezaliman rakyat yang selama ini ditusuk dari pengetahuan mereka.

Semasa Anwar mencerita fasal lembu Sharizat, tepukan gemuruh kedengaran dengan diseling seli laungan 'jahat', 'penyangak dan perompak wang rakyat'. Suasan ditujukkan dalam siri pertemuan itu menjelaskan hasrat dan harapan rakyat begitu besar kepada kerajaan baru akan datang. Dan bagi peneroka masalah khsus mereka ialah menyelesaikan masalah mereka yang sudah lama terawan-awanan.

Perkara paling penting buat mereka ialah untuk memiliki geran ke atas tanah yang mereka usahakan. Itu penting kerana geran itu ada nyawa dan juga roh mereka sebagai peneroka. Saya tengok apabila fasal pemilikan geran disebut ada yang menangis dan menyapu air mata gembira.

Sekiranya masalah ini dapat diberikan harapan dan sinar baru saya yakin dan percaya kesemua 2,228 orang peneroka di Felda Ciku 1, 2 dan 3 serta peneroka Kesedar di Paloh 1,2 dan akan menyokong Pakatan Rakyat.

Ikut sama dalam rombongan Anwar, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir serta para pimpinan PKR dan Pas Gua Musang.

Tiada ulasan: