Melissa Lee, Malaysia Chronicle
Risau Najib akan buat pusing U sekali lagi, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad segera menegaskan bahawa mengadakan PRU 13 seawal mungkin adalah keputusan yang terbaik disebabkan wujud kemarahan dikalangan rakyat yang semakin meningkat.
“Mahathir sekarang merasa gelabah dan sedikit panik. Nampak gayanya ia tidak akan surut. Tiada yang dapat menyelamatkan Umno-BN dan semakin lama Najib melenggah, semakin baik peluang pihak pembangkang untuk menang,” ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Deang berhati-hati untuk memuji Najib yang selama ini dicemuh kerana kurang effektif dan mahir membuat perhitungan, Mahathir yang dahulunya mengatakan tidak salah untuk menunda PRU 13 hingga ke hari-hari terakhirnya, Mac 2013, telah menukar pendiriannya apabila jelas tindakan Najib melenggah-lenggah pilihanraya akan lebih menyukarkan peluang mereka untuk menang.
“Saya rasa mungkin tidak lama lagi akan diadakan kerana kita kesuntukan masa; kita hanya ada sehingga pertengahan tahun depan. Jika kita rasa kita boleh menang, kita akan adakan pilihanraya,” Mahathir memberitahu pemberita pada Ahad lepas.
“Sekarang” pun masa yang baik
Mahathir yang dibelenggu rasuah itu adalah antara yang berkemungkinan untuk rugi besar sekiranya Umno-BN dikalahkan oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim pada PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun tahun ini.
Mahathir pernah satu masa dahulu menarik balik sokongannya kepada rakan seperjuangannya dalam Umno, Abdullah Badawi pada pilihanraya 2008. Ini telah membantunya dalam pergelutan kuasa dalam Umno tetapi ia juga telah menyebabkan Pakatan menang 5 negeri seraya menguburkan majoriti 2/3 BN.
Tidak seperti yang dijangka, Pakatan sejak itu telah meraih sokongan yang begitu kuat setelah rakyat menolak rasuah dan menuntut perubahan demi reformasi.
Sedar akan hakikat ini, Mahathir sekarang lebih berhati-hati untuk tidak menggoyahkan BN dan telah menghantar isyarat kepada rakyat dan bukan Najib yang seperti kurang kredibiliti itu untuk masa yang sesuai membubarkan parlimen.
“Jika rakyat beri kita sokongan baik, itulah masanya kita adakan pilihanraya. Sekarang pun macam bagis,” ujar Mahathir.
Bersih 3.0, Himpunan Hijau dan protes pelajar
Sejak Najib mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada 2009, ekonomi, sosial dan politik Malaysia semakin merudum. Parti komponen dalam BN juga semakin hilang sokongan rakyat. MCA, Gerakan dan MIC telah menjadi antara parti yang kronik di kotak undi.
Umno sendiri dijangka diuji semula di peti undi apabila keputusan 1999, ia hanya menang 71 kerusi parlimen daripada 147 milik BN. Pada 2008 pula, ia hanya menang 79. Ini sangat jauh berbanding 2004 di mana ia menang 109.
Yang ditakuti adalah Najib mungkin akan menggunakan dua kejadian penting untuk menangguhkan pilihanraya yang menyebabkan Mahathir membuat kenyataan secara terbuka untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin.
Dua perkara ini adalah Bersih 3.0 pada 28 April yang dilakukan untuk meminta piliharaya yang adik yang juga dilakukan bersama Hijau 3.0 anti –Lynas dan juga demonstrasi pelajar yang berlaku pada hari Sabtu lepas dan masih lagi berlangsung. Pelajar-pelajar ini enggan meninggalkan Dataran Merdeka walaupun khemah mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa.
Pelepasan hutang untuk si kaya, tol dan pinjaman untuk si miskin
Disebalik skandal dan ahli perniagaan billionaire yang dibenarkan untuk melupuskan pinjaman besar mereka oleh kerajaan BN, para pelajar meminta pengajian tinggi yang percuma untuk semua rakyat Malaysia.
Mereka juga mahu Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang menjadikan pelajar behutang hampir seumur hidup dimansuhkan.
“Beritahu kepada peminjam PTPTN mengapa hutang RM589 juta Tajudin boleh dilupuskan tetapi mereka pula diburu,” ujar timbalan presiden PAS, Mat Sabu hujung minggu lepas merujuk kepada bekan CEO MAS, Tajudin Ramli.
Kerajaan ditadbir Najib tidak mengendahkan tuntutan ini dan mengatakan bahawa mereka yang mendesak untuk pendidikan percuma adalah mereka yang tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab. Mahathir juga menuduh Anwar memulakan idea memansuhkan PTPTN ini. “Anwar dipecat dari UMNO pada tahun 1998 dan dipenjara hingga 2004 disebabkan usaha untuk mengekang sokongan politik terhadapnya. Cara PTPTN diwujudkan tidak sama dengan apa yang dikehendaki Anwar. Ia telah menjadi kejayaan buat Mahathir,” ujar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
“Mahathir mahu membelanjakan wang negara untuk projek mega. Itulah sebabnya jalan yang dikenakan tol dan juga pinjaman pelajar. Tiada apa yang percuma dan rakyat perlu bayar untuk keperluan asas seperti pengangkutan dan pendidikan. Anwar yang mengkehendaki penjimatan perbelanjaan dan kekayaan yang dibahagikan sama rata dan disebabkan inilah Mahathir dan Daim Zainuddin memenjarakannya.”
Umno masih bergantung kepada pembelian undi untuk menang PRU 13
Pada 2004, selepas diktator Mahathir berundur, Abdullah Badawi telah menang besar dalam pilihanraya dengan BN menang 198 daripada 219 kerusi parlimen, Umno menyumbang 109 kerusi.
Walaubagaimanapun, disebabkan pertelingkahan dalaman dan pengaruh Mahathir, yang beliau akui baru-baru ini, Abdullah hanya mampu mempertahankan 79 kerusi dalam Umno pada 2008. BN secara keseluruhannya hanya mendapat 140 daripada 222 kerusi parlimen dan dengan itu hilang 2/3 majoriti.
Pada 1999, selepas Mahathir memecat Anwar, yang pada ketika itu timbalan presiden Umno, Umno hanya berjaya mendapat 71 kerusi dan BN secara keseluruhannya mendapat 147 daripada 192 kerusi parlimen
“Umno tidak mungkin dapat mencapai prestasi baik sekarang dengan pelbagai skandal yang ada. Ada skandal RM 250 juta NFC, kes pukul anak Nazri, pelupusan hutang Tajudin, Najib memihak kepada Shahrizat, expressway yang di serap hutang, cincin berlian Rosmah dan pelbagai lagi yang lain,” tegas Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Hatta Ramli kepada Malaysia Chronicle.
“Bukanlah rahsia bahawa semakin lama BN menangguh, semakin kurang peluang menang mereka. Mereka hanya dapat bergantung kepada beli undi dan memalsukan daftar pemilih dan inilah yang mereka takuti pada 28 April ini di mana rakyat akan menuntut untuk piliharaya yang adil dan bersih.Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan