ANTARA POS.COM
SUBANG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memastikan calonnya pada pilihan raya umum akan datang memiliki kriteria-kriteria yang ditetapkan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kriteria utama calon yang dinilai adalah amanah, berintegriti, tidak rasuah dan setia pada parti.
PKR sebelum ini berhadapan dengan masalah besar apabila empat daripada ahli parlimennya serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar PKR dan menjadi wakil bebas.
Bahkan rata-rata yang keluar parti itu menyatakan rasa tidak puas hati dan menyerang keperibadian Anwar yang disifatkan mereka sebagai seorang pemimpin yang gagal.
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) N Gobalakrishnan (Padang Serai) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.
PKR kini mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 30 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Selain yang dipecat dan berpaling tadah, mereka juga gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
DAP pula mempunyai 29 kerusi dan Pas pula, 23 kerusi.
Dalam pada itu, Anwar turut menyelar budaya Umno yang mementingkan kroni dan membenarkan ramai golongan profesional berada di syarikat besar mengambil kesempatan mengaut keuntungan.
“Budaya sebegini memang sudah lama,” katanya kepada pemberita selepas Dialog Profesional Muda bersama Penasihat Ekonomi Selangor di semalam.
Beliau berkata sedemikian dalam responnya terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno ketandusan golongan profesional cerdik pandai untuk dijadikan ‘winnable candidate’ PRU13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan