GOMBAK: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.
"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagkan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.
"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.
Beliau berkata demikan dihadapan kira-kira 1,500 penyokong pembangkang pada ceramah penjelasan isu Israel-Palestin di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini.
Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang.
Bagaiman Anwar sekali lagi menegaskan pendiriannya berhubung isu Israel-Palestin adalah selari dengan suara rakyat Palestin mutakhir ini melalui Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.
"Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis?
"Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel)," katanya.
Dalam pada itu difahamkan Anwar akan mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan mengenai kontroversi berkenaan hari ini di Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan