Isnin, 6 Februari 2012

Soi Lek Tidak Terkejut Pembubaran Parti Kita

Oleh REGINA LEE


KUALA LUMPUR- Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak terkejut dengan pengumuman secara tiba-tiba pembubaran Parti Kita.

"Apabila ia ditubuhkan, parti itu berkata mahu menjadi kuasa ketiga - untuk menggalakkan pemikiran liberal, ketelusan dan kerajaan demokratik. Saya tidak terkejut apabila ia tidak kekal lama, " katanya.

Dr Chua berkata adalah mudah untuk membentuk sebuah parti baru, tetapi menjadikannya relevan dan berdaya tahan adalah sukar.

"Saya mengucapkan simpati terhadap Presiden Parti Kita, Datuk Zaid Ibrahim. Jika anda melihat sejarah Malaysia, banyak parti telah dibentuk dan selepas itu berakhir dengan penutupan.

"Parti politik memerlukan ramai orang untuk bekerja keras, pembiayaan dan stamina mental untuk melihat melihat dengan teliti terhadap sesuatu perkara. Ia tidak mudah, lebih-lebih lagi sekarang berlaku perang di Malaysia - perang politik, " katanya selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju, Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata pembubaran Kita tidak bermakna rakyat Malaysia telah menolak politik "kuasa ketiga" tetapi mereka lebih berminat dalam isu-isu 'roti' dan 'mentega'.

Parti Kita, yang berdiri sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 19 Januari tahun lepas.

Zaid telah mengumumkan pada hari Khamis bahawa parti itu akan dibubarkan dengan menyatakan bahawa pembentukannya adalah satu kesilapan kerana gagal dalam mencapai matlamat untuk menjadi sebuah parti yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif.

Sementara itu, Dr Chua berkata MCA telah mengenal pasti calon untuk pemilihan akan datang.

Ditanya sama ada akan ada kejutan beliau berkata: "Setiap kali kita mengumumkan senarai, akan sentiasa ada yang terkejut."-mStar

Tiada ulasan: