Sabtu, 25 Februari 2012

KITA lantik Zamil ketua baru

Keputusan dibuat dalam mesyuarat khas di Kota Baru, hari ini.



KOTA BARU: Mesyuarat khas parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) melantik bekas Pengerusi Kedah, Zamil Ibrahim sebagai pengersi baru menggantikan Datuk Zahid Ibrahim.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas di sini pagi tadi.

Mesyuarat itu dihadiri wakil KITA dari Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Sabah tidak hadir tetapi menyokong mesyuarat itu.

“Keputusan ini sebulat suara, seluruh perwakilan tidak mahu lagi kepada Zaid,” kata Zamil.

Bagaimanapun, wakil rakyat tunggal KITA iaitu Tan Chee Beng, ahli Parlimen Nibong Tebal tidak hadir tetapi menghantar notis menyetujui mesyuarat tersebut.

Zamil memberitahu, pihaknya akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi memberitahu bahawa KITA diambil alih oleh pemimpin baru.

Perwakilan KITA marah

“Kita akan beritahu ROS bahawa Zaid bukan lagi presiden KITA. Kami akan membuat rombakan dan melantik pimpinan baru” tambahnya.

Zamil mendedahkan, KITA sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini tetapi pengurusan parti telah membatalkannya di saat akhir.

Katanya, perwakilan menjadi marah kerana pembatalan itu tanpa memberitahu mereka yang menyebabkan mereka datang ke Kota Baru.

“Perwakilan yang marah membuat keputusan mengadakan mesyuarat khas dengan memecat Zaid berkuat kuasa serta merta,” kata beliau.

Setiausaha Pusat KITA. Masrum Dayat ketika dihubungi berkata, Zamil tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam parti itu kerana bukan lagi ahli.

“Zamil telah dipecat, tidak boleh menghadiri dan memegang jawatan dalam KITA,” katanya.

“JIka Zamil ingin menjadi ketua, beliau boleh menubuhkan parti sendiri.”

Zamil antara pemimipin yang dipecat dari KITA baru-baru ini.

Masrum juga menjelaskan untuk mengadakan mesyuarat khas perlu menulis surat kepada Setiausaha Pusat KITA untuk mendapat kelulusan.

Kata beliau, untuk mengadakan mesyuarat khas perlu dihadiri 51 peratus daripada jumlah ahli.

Mengenai dakwaan KITA tidak mengadakan mesyuarat seperti dijadualkan, Masrum berkara, jawatankuasa eksekutifnya telah memutuskan untuk mengadakan pada bulan April.

Tiada ulasan: