Setakat ini, semua parti dalam Pakatan masih belum mahu menamakan calon masing-masing. Mungkin PAS nampak lebih bersedia sebab bakal calon depa dah mula tunjuk muka..tapi calon PKR masih bercelaru.
Dalam setiap pilihanraya, calon-calon ditentukan oleh parti…bukan oleh rakyat. Ini yang selalu aku sebut..pasai apa rakyat tak ada hak untuk pilih calon depa? Bila tiba pilihanraya..kita disogokkan oleh parti-parti yang bertanding. “Inilah calon hangpa”. Pirrrah!!
Itu dulu. Sekarang..aku jugak mahukan penglibatan untuk menentukan sapa yang nak jadi calon dan seterusnya menjadi pemimpin kerajaan negeri Perak nanti.
Dalam posting yang lepas..aku dah bagi pendapat aku bahawa Nizar perlu di promosikan sebagai Menteri Besar Perak kalau Pakatan menang nanti. Ini perlu diputuskan sebelum pilihanraya. Dan selepas pilihanraya, janji ini perlu ditunaikan..walaupun DAP dapat lebih kerusi…walaupun PKR dapat lebih kerusi.
DAP dah setuju dengan Nizar sebagai MB..tapi PKR belum bersetuju. Tak mengapa…tapi PKR kena tunjukkan siapa calon MB depa. Dan kemudian kita semua nilaikan dan buat poll. Kalau calon MB dari PKR mendapat undi tinggi..kita terima.
Mungkin hangpa akan cakap..”Hoi Mat..hang ni sokong parti mana?”
Aku tak peduli dari parti mana. Pas ka..PKR ka..DAP ka..mampuih pi la. Kita nak pilih wakil rakyat…bukan wakil parti. Kalau nak pilih sapa Ketua Pemuda Pas atau sapa YDP Pas…betui aku tak ada hak. tapi kalau nak pilih wakil rakyat..aku ada hak sebab aku pengundi.
Ada orang kata..kalau kita heboh sapa nak jadi calon sekarang..takut nanti Umno sabotaj. Takut nanti kena beli.
Kalau itu alasannya..jangan jadi calon langsung. Kalau kita takut calon tu kena beli…apakah kita tak takut dia kena beli lepas menang nanti?Lebih baik dia kena beli sebelum pilihanraya..daripada dia kena beli selepas pilihanraya. Dan kalau parti pun takut calonnya kena beli..hangpa ingat aku nak percaya kalau dia dicalonkan disaat akhir?
Hari ini aku nak bubuh nama-nama calon yang aku mau. Bukan yang parti mau. Aku tak kisah sama ada PAS mau atau tidak. Aku tak peduli sama ada PKR mau atau tidak… tapi ini yang aku mau.
Aku mulakan dengan calon-calon Pas…sebab calon Pas ni senang sikit.Dan aku nak mulakan dengan calon muda. Dah tak ada calon muda..baru aku pergi calon yang tua sikit.
Selepas Nizar…orang yang aku harapkan untuk dilonjakkan keatas ialah Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri..Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. Orang Kuala panggil dia Ku Is.
Pasai apa aku letak Ku Is diatas sekali?
Sekiranya Nizar ditolak ataupun tidak diterima oleh Sultan..Ku Is adalah orang yang paling layak untuk berdepan dengan Sultan. Orang Umno tak boleh kata Pakatan derhaka kat sultan..atau cuba biadap kat raja. Ku Is punlayak duduk istana kalau masyarakat feudal Melayu masih mahukan feudal lord.
Advantage disini ialah..Ku Is boleh duduk semeja..makan setalam. Ku Is juga boleh masuk Istana Iskandariah dan boleh terjun Sungai Perak. Nak cakap pasai raja-raja..Ku Is boleh cakap. Nak cakap pasai ugama pun boleh. Nak cakap pasai akademik pun boleh. Jangan terlepas pandang…dipangkal namanya ialah “Dr.”. Bukan macam “dR” yang diperolehi oleh Rosmah Mansor.
Tinggal lagi..Ku Is kena cakap isu-isu yang lebih intelektual dan universal. Ku Is kena keluar dari imej Tantawi… asyik-asyik tentang konsert dan Valentine’s Day. Sekarang ini…imej Ku Is masih lagi sebagai pemimpin Pas…bukan pemimpin rentas parti. Ku Is kena bawa lebih banyak isu rakyat yang lebih serius… bukan setakat isu moral. Bukan aku nak kata isu moral itu tak penting..tapi isu itu sudah dijaguhi oleh Tantawi.Ku Is perlu menjaguhi sesuatu isu.
Kira-kira dua tahun lalu, masa berdiskusi dengan beberapa orang member..aku ditanya oleh seorang tukang komen dalam Malaysiatimes ini..Dawai Kokot. Dawai kokot bertanya aku “siapakah pemimpin muda Pas yang boleh kita harapkan?’. Perlu aku sebutkan..semua yang ada dalam diskusi tersbut adalah anak muda radikal. Aku sorang saja yang dah tua. Lagi sorang ialah Prioryofjenin. Kalau baca balik komen-komen depa dalam Malaysiatimes..boleh membuatkan jiwa kacau.
Masa tu aku jawab..”Muhaimin Sulam.” Semua yang ada dalam diskusi tersebut tak kenal sapa Muhaimin Sulam.Ni gambar dia dengan Pyanhabib. (Aku bukan nak promo Pyanhabib jadi calon Changkat Jering aaa!! Tapi Ustaz Derih patut ambik Pyan jadi ayam sabung. Kalau suruh Pyan kempen kat Changkat Iboi..gerenti penuh markas. Bapa sedara dengan anak sedara baca puisi..fuiyo!!)
Masa tu..Muhaimin tak ada dalam negara kerana melanjutkan pelajaran di UK..tu pasai nama dia tak pernah keluar. Tapi sekarang dah balik dan bergelar..Dr. Muhaimin Sulam.
Mamat ni memang kool. Walaupun dulu dia pernah sebar risalah disetiap konsert rock..tapi dia tak macam Tantawi..asyik nak haramkan saja. Muhaimin boleh paham jiwa rockers..sebab dia sendiri pun rock. Kalau boleh..aku nak gandingkan dia dengan Mel Wings ataupun ustaz Azhar Idrus…tapi sekarang dia dah puitis sikit. Mungkin sesuai kalau digandingkan dengan Pak Samad Said ataupun Rahmat Haron.
Sorang lagi anak muda yang Pas patut bagi tempat untuk menjadi calon dalam PRU nanti ialah Hafeez Sabri. (Gambar diatas dengan Mat Sabu.)
Aku mula-mula perasan anak muda ini semasa dia menjadi moderator dalam satu forum bersama Aziz Bari di Petaling Jaya tahun 2009. Masa tu dia masih belajar di UM dan menjadi pemimpin pelajar disana. Lepas tu aku hambat dia kot-kot aku boleh tarik dia masuk PKR masa tu. Tengok-tengok…Pas dah tarik dia dan terus jadi Pembantu Khas Pesuruhjaya Pas Perak.
Orang Kuala Kangsar mungkin dah pernah tengok Hafeez ni. Dalam satu ceramah..Husam Musa tak dapat hadir dan Husam meminta Hafeez menggantikan tempatnya. Pada awalnya..memang potong stim. Ada ka tempat Husam digantikan oleh seorang anak muda yang tak tau entah siapa…tapi bila Hafeez dapat mikrofon..dia cakap macam Husam Musa. Ya Bauk yang selalu komen kat sini mungkin boleh bagi pendapat dia tentang Hafeez ni.
Setakat ini..hanya tiga orang dari Pemuda PAS Perak yang berjaya menarik undi aku. Yang lain masih belum menonjol dan kalau tanya pun aku tak kenal. Dan yang paling tak boleh pakai dengan Matsamankati ni ialah dia tak kenal sapa Ketua Pemuda Pas Perak.
Siyes beb..gua tak kenal dengan Ketua Pemuda PAS Perak. Kalau jumpa tepi jalan pun..mungkin gua tak tegur.
Ini problem brader…
Baik Ketua Pemuda Pas Pusat atau Ketua AMK Pusat..
Baik Ketua Pemuda PAS Negeri atau Ketua AMK Negeri..
Semuanya poyo…pasai apa?
Pemuda PAS Perak dan AMK Perak memerlukan pemuda-pemuda yang kool dan rentas parti. Pemuda perlu menjaguhi sesuatu isu supaya senang kita nampak kaliber atau kepakaran seseorang itu. Sebagai contoh..kalau Pakatan mengambil alih Putrajaya..senang pilih orang untuk menerajui sesuatu bidang. Sekurang-kurangnya, kita dah tau..Mazlan Aliman adalah orang yang paling layak ganti Isa Samad.
Shamsul Iskandar mungkin layak dilantik untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Anwar..kah..kah..kah.
(Lepas ni aku tolong promo calon muda PKR pulak)…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan