MALAYSIA KINI
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menggalas tugas dengan baik sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap perlaksanaan pilihan raya di negara ini, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini."Ia akan jadikan isu dan dibahaskan di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Malaysia tercemar kerana tidak dapat pilihan raya yang bebas dan bersih," kata Anwar ketika mengajukan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Selain mempertikaikan peranan SPR, Anwar juga mendesak kerajaan menyatakan cara suruhanjaya itu melaksanakan tanggunjawab dengan lebih efektif bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan bebas.
Dalam soalan bertulisnya, Anwar membangkitkan isu ketidakupayayaan SPR mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa sedia ada bagi memperbaiki sendiri kelemahan yang dibangkitkan dalam tuntutan BERSIH 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan daripada Jawatankuasa Khas Parlimen.
"Kerajaan telah tampil menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaik proses pilihan raya yang lebih adil telus dan demokratik. Ini adalah langkah untuk menyediakan ruang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati melalui wakil dilantik JPP," kata Nazri.
Anwar kemudian bingkas menyatakan bahawa SPR gagal menguruskan hal-hal berkaitan Fasal 113 perlembagaan persekutuan yang tidak dapat disempurnakan dengan baik termasuk melepaskan tanggungjawab kepada parti-parti politik bersabit penyedian daftar pemilih.
Mesyuarat keempat penggal ketiga sidang Dewan Rakyat ke 12 bermula hari ini hingga 1 Disember 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan