Jumaat, 28 Oktober 2011

Altantuya tidak tenang sehingga selesai PRU-13 walaupun dibantah ayahnya

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Lebih daripada 4 tahun telah berlalu namun mahkamah di Malaysia masih melengah-lengahkan saman bernilai RM100 juta daripada ibu bapa Altantuya Shaariibuu, rakyat Mongolia yang dibunuh di Malaysia yang didakwa mempunyai hubungan dengan kes rasuah yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan pembelian kapal selam Scorpene daripada syarikat Perancis DCN.

Bapanya Setev Shaariibuu telah menghantar satu lagi surat ke pihak mahkamah Malaysia, tetapi suratnya itu akan mendapat nasib yang sama dengan peringatan-peringatan sebelumnya – disimpan dan didiamkan! Walau bagaimanapun, kali ini, Setev dan isterinya Altantsetseg Sanjaa telah mengambil satu lagi langkah tambahan iaitu merayu kepada pembuat undang-undang Malaysia untuk pengadilan.

"Ahli Parlimen Malaysia yang dihormati, saya ingain kamu memberi perhatian kepada permintaan saya dan menangani isu ini daripada sudut yang bijaksana,” kata Setev dalam suratnya yang dihantar melalui penasihat undang-undangnya Karpal Singh, yang juga merupakan MP Bukit Gelugor.

“Ada beberapa perkara penting yang masih tertangguh seperti untuk menyelesaikan pengebumian si mati dan menenangkan rohnya melalui perhatian kepada anak-anaknya yang yatim.”

Duit sudah dibayar, kenapa lengahkan upacara pengebumiannya

Di dalam suratnya, Shaariibuu juga berkata dia telah akur dengan semua syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak mahkamah untuk meneruskan kes itu termasuklah dengan meletakkan bon keselamatan sebanyak RM60,000 tetapi masih tiada apa-apa yang dilakukan, walaupun kerajaan Mongolia – yang membayar deposit itu – telah menghantar perwakilan untuk membincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu.

“Hakikat bahawa kerajaan kamu tidak mengambil langkah-langkah positif ke atas isu yang dibawa oleh Mongolia mungkin akan memberi impak kepada kepentingan beratus-ratus rakyat Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia,” katanya.

“Di sebalik tawaran daripada kerajaan Mongolia untuk membincang isu ini dengan melantik dan menghantar perwakilannya ke Malaysia, ianya sudah sampai setahun tanpa apa-apa balasan.”

Altantuya yang cantik itu berumur 28 tahun ketika dia ditembak di muka dan dibom dengan bahan letupan C4 untuk mengelak dikenal pasti oleh Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar – dua bekas pegawai peribadi Najib. Mereka sekarang sedang menunggu hukuman mati dan menunggu rayuan didengar. Abu Altantuya masih berada di Malaysia, dan kedua ibu bapanya telah berusaha keras untuk membawanya pulang tetapi tidak berjaya.

Antara alasan yang diberi oleh kerajaan Malaysia adalah kedua-dua polis itu sudah membuat rayuan di atas hukuman bunuh mereka. Rayuan mereka ditangguh kerana hakim perbicaraan, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati mereka bersalah sehingga hari ini masih belum menulis penghakimannya. Kelewatan hakim itu bukan sahaja menangguhkan polis-polis itu untuk mendapat tarikh pendengaran daripada Mahkamah Rayuan, tetapi juga melambatkan saman yang difailkan oleh ibu bapa Altantuya. Pendakwa kerajaan berkata kes mereka tidak boleh didengarkan sehingga rayuan itu selesai ia mungkin akan ‘memprejudis’ kes polis-polis itu.

“Saya tidak nampak kenapa hakim itu tidak dapat menyelesaikan penulisan hukumannya. Sudah dua tahun. Saya telah membawa isu ini ke Parlimen tetapi hanya mendapat jawapan bertulis, yang tidak ada guna,” Karpal memberitahu pemberita.

Dipaksa lembab sehingga PRU-13 selesai

Karpal dijangka membawa usul di Parlimen untuk mengecam kelambatan kerajaan dalam kes tersebut.

Tetapi di sebalik ketidak adilan yang berlaku, MP-MP BN dijangkan tidak akan menyokong usul itu walaupun kelewatan itu memijak-mijak keadilan disebabkan kerana ibu bapa Altantuya dan pentadbiran Najib tidak mempunyai alasan untuk menangguh upacara pengebumiannya. Malahan, kelihatan jelas seluruh proses itu dipaksa menjadi lembab untuk mengikut kepentingan politik kerajaan BN. Sehinggalah Pilihanraya Umum ke-13 selesai, progres untuk keluarga Shaariibuu atau untuk ketenangan roh Altantuya tidak akan banyak diperoleh.

Altantuya, yang boleh bertutur 4 bahasa termasuk bahasa Russia, telah terbang ke Kuala Lumpur untuk mengambil wangnya sebanyak USD500,000 sebagai komisen yang didakwa dibayar oleh DCN kepada Najib melalui rakan karibnya, Razak Baginda. Altantuya dipercayai telah berjalan bersama Baginda sewaktu perundingan DCN. Dia juga didakwa menjadi perempuan simpanan kepada Baginda dan Najib. Baginda telah mengakui dia adalah kekasihnya, sementara Najib telah berjanji dengan Quran yang beliau tidak mengenalinya.

Menteri Pertahanan di waktu itu, Najib meneruskan pembelian di sebalik bantahan rakyat di atas perjanjian kapal selam yang terlalu mahal itu pada tahun 2002. Pembelian telah mengorek RM7 bilion daripada wang negara dan ada kebimbangan bahawa ini bukan harga akhir. Penyiasatan di Perancis baru-baru ini telah mendedahkan komisen-komisen baru yang telah dibayar, ada yang dikhabar anginkan mencecah 114 juta euro atau RM570 juta yang telah dibayar kepada firma Baginda, Perimekar.

Sementara itu, dalam kes yang berlainan yang difailkan oleh NGO Malaysia Suaram di Paris terhadap DCN untuk memaksanya menbayar semula apa-apa komisen haram yang dibayar kepada pegawai-pegawai Malaysia, termasuklah Najib, yang bertujuan menyelamatkan perjanjian itu, tali gantung sudah pun menghampiri pesalah-pesalah. Hakim penyiasatan akan dilantik tidak lama lagi dan pendengaran terbuka di mahkamah akan dimulakan. Maklumat yang didedahkan sewaktu perbicaraan itu sudah pastinya akan memalukan Najib, dan penasihat-penasihatnya sudah pun berusaha keras untuk mengawal kerosakan apabila perbicaraan di Paris itu bermula nanti. - Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: