Afiq Hizami, Pelatih UKM |
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar mengadakan perhimpunan mereka pada hari lain. Belau berkata, sekiranya tidak mereka akan bertembung dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai ini. Sewaktu dihubungi sebentar tadi, katanya tujuan perhimpunan kedua-dua pihak tersebut adalah untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kesediaan Pemuda Umno dan Perkasa untuk mengadakan perhimpunan pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih 2.0. "Kita melakukan demokrasi secara amam dengan tujuan yang bersih tapi mereka mengadakan perhimpunan semata-mata dengan tujuan kotor dan jahat menghalang kelancaran tujuan demokrasi yang kita buat," jelas beliau. Ditanya mengenai sendaan mengajak Khairy untuk turut sama bergabung dalam perhimpunan Bersih 2.0, beliau hanya terbahak-bahak apabila disebut tentang itu. "Dulu dia (Khairy) pernah ludah kata orang yang berhimpun ini seperti beruk-beruk di jalanan. Tapi sekarang ini dia sendiri jilat balik ludah tersebut dengan turut sama mengadakan perhimpunan. "Lagi pun kalau dia mahu sertai kita sekalipun kita tak bagi sebab perjuangan kita dengan dia lain," jelas beliau sambil ketawa. Beliau juga ditanya mengenai sekiranya berlaku pertembungan tiga pihak sama ada perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku. "Bagaimana pun kita tidak perlu risau dengan pertembungan itu dan kita juga mengharapkan pihak polis melakukan tugas mereka dengan yang baik bagi membendung perkara ini sebaik mungkin. "Tapi apa yang kita harap adalah perkara ini tidak akan berlaku," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada Pemuda Umno dan Perkasa sekiranya mereka ada niat yang bersih untuk berhimpun maka pilihlah pada hari yang lain agar perhimpunan Bersih 2.0 kali ini dapat mancapai matlamatnya. |
Jumaat, 17 Jun 2011
Pemuda Umno, Perkasa boleh berhimpun hari lain
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan