Jumaat, 3 Jun 2011

PAS ikrar pertahan negeri Pakatan sepenuh kudrat

MALAYSIA KINI


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengajak semua anggota PAS mempertahankan kempat-empat negeri Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu walaupun dengan dengan sepenuh hati.

NONE"Pada hari ini juga, marilah kita sama-sama berikrar untuk mempertahankan negeri Kelantan dan Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang telah kita tadbir bersama dengan sepenuh kudrat yang kita ada.

"Biarlah keringat kita membahasai bumi tempat berpijak, biarlah tenaga kita bergelora dengan semangat yang tinggi. Kita akan pertahankan kemenangan yang telah kita kecapi selama ini dengan izin Allah SWT," katanya.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam muktamar parti itu ke-57 di Gombak, Abdul Hadi juga dilihat cuba menyuntik semangat kepada anggota PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Tiada ulasan: