SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kekesalan terhadap sikap antagonisme pihak berkuasa terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata himpunan BERSIH 2.0 bukan mahu memperlihatkan siapa jaguh dan siapa hero dimata rakyat. Ini hanya refrendum rakyat yang menuntut agar pilihan raya diadakan secara adil dan telus.
Tuntutan BERSIH juga bukan sesuatu yang tidak wajar dan masih relevan sehingga kini.
Justeru, Azizah meminta agar himpunan BERSIH 2.0 diberikan ruang yang sewajarnya oleh kerajaan pemerintah.
“Perhimpuan BERSIH 2.0 akan menguji pendokong dan penentangnya," katanya.
Azizah berkata, jika kerajaan UMNO BN masih bersikap angkuh pada tuntutan rakyat, ia bukan sahaja sesuatu yang malang bagi sistem pilihan raya tanah air tetapi juga akan menambah kebencian rakyat terhadap pemerintah.
Beliau menegaskan, kematangan dan kecerdikan rakyat dalam selok belok pilitik hari ini tidak boleh diperlekehkan pimpinan UMNO BN begitu sahaja.
Beliau turut menasihati penganjur dan peserta himpunan aman itu agar mengelak diri dari sebarang konfrontasi akibat dari provokasi pihak- pihak yang bertujuan mewujudkan kacau bilau sekaligus memburukkan imej himpunan aman itu.
“ Polis Diraja Malaysia (PDRM) mestilah menjamin keselamatan peserta dan bertindak secara profesional untuk mengelakkan sebarang cubaan menimbulkan provokasi atau kekacauan oleh mana-mana pihak,” katanya.
Sebagai permulaan awal komitmen sepenuhnya kepada usaha-usaha membaiki sistem pilihanraya Malaysia, PKR akan menguji keupayaan mobilisasi jentera parti pada hari Ahad ini bersempena Konvensyen Pilihanraya Kebangsaan dengan tema ‘Demi Rakyat’.
“Keputusan yang bijak adalah dengan memberi ruang agar himpunan BERSIH 2.0 dapat berjalan dengan baik dan aman," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan