Woi!, hangpa cakap hangpa pandai bebenar memerintah sehinggakan mendakwa hanya Umno-BN aje yang pandai memerintah Malaysia, takdak orang lain melainkan Umno-BN.
Kat mane yang hebat sangat tu bro!. Kalau asyik tanggung kerugian aje, mana pandainya? Nak bohong rakyar ketika zaman 80-an atau 90-an bolehlah tapi sekarang dah alaf baru. Rakyat dah banyak boleh dapatkan sumber sahih dan tepat. (Kalau tak percaya, tengoklah statistik jualan akhbar arus perdana yang dikawal Umno-BN. Merudum teruk hasil jualannya.)
Buat itu rugi, buat ini rugi, buat itu runtuh, buat ini terbengkalai dan macam-macam lagi. Habis mana yang hebatnya Umno-BN?
Sinar Harian - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (Gambar) mendedahkan kerajaan akan menanggung kerugian RM83.45 juta dan tanah seluas 5 hektar dalam skandal terbaru ‘dalam pembikinan’ sepertimana Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Beliau merujuk laporan Ketua Audit Negara berhubung projek usaha sama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan Bindforce Sdn Bhd, bagi menubuhkan Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia (MITP) Sdn Bhd yang bernilai RM243.38 juta.
“Saya bangkitkan perkara ini kerana inilah projek yang dikatakan projek usaha sama swasta, tetapi kerajaan menanggung kerugian akibat ‘letter of undertaking,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.
Bindforce memegang ekuiti 60 peratus bernilai RM29.05 juta manakala LKIM memegang 40 peratus dengan nilai RM11.62 juta.
Ia akan dibangunkan atas tanah seluas 4 hektar yang diberi sewa oleh LKIM dengan perjanjian konsesi swasta secara Bina Operasi Pindah (BOT) selama 30 tahun yang dibuat pada 16 September 2004.
Kos pembinaan dibiayai oleh MITP melalui pinjaman RM240 juta dalam bentuk bon daripada OSK Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pula didakwa mengeluarkan surat sokongan kepada OSK Trustee Berhad pada 15 September.
OSK Trustee pada 6 Januari 2010 kemudiannya didakwa mengisytiharkan ‘event of default’ terhadap MITP.
LKIM sebelum itu mengeluarkan 'Letter of Undertaking' menyatakan perjanjian akan dikuatkuasakan jika terdapat 'event of default' di pihak MITP.
Sehubungan itu, OSK juga turut menuntut sejumlah RM208.62 juta termasuk faedah.
Kerajaan terpaksa menanggung RM83.45 juta dari tuntutan OSK tersebut, dengan milikan 40 peratus ekuiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan